UMW Toyota Mengadakan Kempen Menukar Pam Bahan Api Bagi Beberapa Model Toyota & Lexus

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), pengedar kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia telah mengumumkan Special Service Campaign (SSC) bagi menggantikan pam bahan api pada beberapa model Toyota dan Lexus.

Ini berikutan daripada maklumat yang diperolehi daripada Toyota Motor Corporation (TMC), terdapat sekitar 12,000 unit Toyota (Alphard, Camry, Corolla, Innova dan Fortuner) dan 1,500 unit model Lexus (GS300, GS350, IS300, LC500 / 500H, LS460, LS500 / 500H, LS600H, NX200T / 300H, RC350 / 300H, RX350 / 450H dan RX350 / 450) dihasilkan dari tahun 2013 hingga 2019 yang diedarkan oleh UMWT  terlibat dalam kempen ini. Model yang tidak disenaraikan tidak perlu bimbang!

Kesan daripada masalah yang berlaku ini boleh mengakibatkan kenderaan yang dipandu akan terhenti dengan sendirinya dan mungkin boleh menjejaskan sesi pemanduan ataupun mendapat risiko jika kenderaan tersebut dipandu pada kelajuan yang tinggi.

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) juga akan memberitahu kepada semua pemilik kenderaan yang berkaitan untuk menukar pam bahan api tersebut tanpa sebarang caj dan kerja menggantikannya bergantung kepada setiap model yang terlibat.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi mana-mana Pusat Perkhidmatan Toyota atau hubungi Toyota Freephone di 1800-8-869682 (TOYOTA).

Share.

About Author

Leave A Reply