Trofeo : Koleksi Maserati paling berkuasa

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Modena, 10 Ogos 2020 – Maserati sekali lagi melakar sejarah dengan menambah 2 model ke dalam koleksi Trofeo mereka. Mengikut jejak langkah Levante Trofeo, SUV versi paling berkuasa, Quattroporte dan Ghibli kini turut menjadi pilihan dengan menawarkan ciri-ciri tertinggi dalam kelasnya.

Maserati mengekalkan identiti Itali pada warna koleksi ini, Hijau untuk Quattroporte, putih untuk Levante dan merah untuk Ghibli. Kombinasi krom dan merah berkilat pada kemasan menampakkan gaya agresif dan elegan.

Enjin untuk Ghibli dan Quattroporte trofeo ialah 3.8 l V8 Twin Turbo dengan kuasa 580 hp pada 6,250 rpm dan tork mencapai 730 Nm, sama seperti Levante. Enjin ini dihasilkan di kilang Ferrari dekat Maranello dan mengikut spesifikasi Maserati.

Dua model terbaharu ini adalah kereta sedan terpantas Maserati dengan kelajuan 326 km/h, manakala Levante mampu mencapai kelajuan sehingga 302 km/h.

Seperti Levante, Ghibli dan Quattroporte turut dilengkapi sistem IVC ( Integrated Vehicle Control). Launch Control juga dipasang untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih memuaskan.

Bunyi enjin setiap Maserati sememangnya unik, koleksi Trofeo mendapat sentuhan rekaan yang istimewa. Grill hadapan dengan kemasan Black Piano, Carbon Fibre pada saluran udara dan extractor manambah gaya yang lebih agresif. Logo Trident ditempatkan di C Pillar pada setiap kereta. Ghibli dan Quttroporte dipasangkan dengan rim aluminium Orione berukuran 21″, manakala Levante 22″.

Bahagian dalam juga mengekalkan karekter Trofeo, paparan panel eksklusif, manakala logo 3D terdapat pada tempat duduk dan bahan daripada kulit – Pieno Fiore menyalutinya.

Sistem ADAS ( Active Driving Asist) dan MIA (Maserati Intelligent Assistant) yang terdapat dalam Trofeo berfungsi meningkatkan kualiti pemanduan. Skrin multimedia dengan resolusi tinggi berukuran 10.1″ untuk Ghibli dan Quattroporte, Levante kekal dengan 8.4″. Maserati Connect Programme memastikan koleksi Trofeo kekal berhubung dan memudahkan penggunaannya.

Model Ghibli dan Quattroporte akan dipasang di kilang dekat Avvocato Giovanni Agnelli (AGAP) Grugliasco,Turin. Levante pula di kilang dekat Mirafiori, juga di Turin.

Untuk maklumat lanjut sila email pertanyaan anda ke –
maria.conti@maserati.com
davide.kluzer@maserati.com

Share.

About Author

Leave A Reply