Toyota Vios Terbaharu Menerjah Pasaran Malaysia

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) telah memperkenalkan Toyota Vios baharu ini pada KLIMS 2018 yang lepas. Vios juga merupakan salah satu model paling popular dalam sedan segmen-B.

Vios dijana oleh enjin 1.5L DOHC, Dual VVT-i yang menghasilkan kuasa 105hp @ 6,000rpm dan tork 140Nm @ 4,200rpm. Penghantaran kuasa lancar ke roda disalurkan menerusi transmisi CVT 7-kelajuan bersama Sequential Shift dengan mod pemanduan Sport & Eco yang pastinya membantu dalam penjimatan penggunaan bahan api.

Bernadikan enjin 1.5 DOHC Dual VVTi

Vios serba baharu ini didatangkan dalam tiga pilihan iaitu 1.5J, 1.5E dan 1.5G bersama pilihan warna biru metalik, merah metalik, hitam, perak metalik dan putih. Harga yang ditawarkan pula adalah
RM77,200 bagi Toyota Vios 1.5J, RM81,200 bagi Toyota Vios 1.5E dan RM87,300 bagi Toyota Vios 1.5G di mana kesemunya tanpa insuran.

Vios baharu kini diperhebatkan dengan ciri lampu hadapan yang digabung bersama lampu nyalaan siang (DRL) LED bersama ciri follow me home dan rim aloi 16-inci (1.5G). Manakala bahagian belakangnya diserlahkan dengan lampu kombi LED.

Menghiasi ruang dalaman, bahagia papan pemuka dan panel diberi wajah baru begitu juga tempat duduknya. Untuk keselesaan penumpang, ruangan belakang kini didatangkan dengan lampu kabin selain ruang barangan yang semakin luas serta sistem kawalan pendingin hawa automatik untuk semua varian.

Selain itu, varian paling lengkap pula turut menerima meter Optitron berwarna dengan paparan pelbagai maklumat serta sistem infotainmen 6.8 inci DVD-AVX dengan ciri USB. Antara lain yang memperhebatkan lagi Vios terbaharu ini termasuklah tawaran kemasan kulit, cermin pandang belakang electrochromic dan suis mod pemanduan.

Sesi pemanduan menjadi lebih selesa kerana kadar gegaran kini lebih minimum disebabkan ciri-ciri penebat bunyi yang telah diperbaiki. Semua varian menerima penarafan ASEAN NCAP 5-Bintang serta dilengkapi tujuh beg udara SRS, kawalan kestabilan kenderaan (VSC) dan kawalan bantuan mula mendaki (HSA) untuk keselamatan.

Untuk maklumat lebih lanjut, lawati bilik pameran Toyota berhampiran dengan anda sekarang!

Share.

About Author

Leave A Reply