Toyota Gazoo Racing – Perlumbaan Pusingan ke-4 di Sepang akan diadakan secara tertutup

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

UMW Toyota mengumumkan bahawa perlumbaan Toyota Gazoo Racing musim ke-3, pusingan ke-4 akan dijalankan di Litar Antarabangsa Sepang dari 18-19 April ini. Walaubagaimanapun, perlumbaan kali ini akan dijalankan secara tertutup disebabkan krisis virus Corona.

Acara kali ini tidak terbuka kepada penonton dan hanya pelumba, kru-kru pasukan dan pihak penganjur sahaja yang akan terlibat. Sepanjang acara ini juga, pihak penganjur akan sentiasa menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas setiap yang berkenaan dengan acara ini dari masa ke semasa.

Menurut Akio Takeyama, Ketua Pegawai Sukan Permotoran UMW Toyota, mereka percaya, para peminat sukan permotoran dan juga penyokong perlumbaan TGR akan sentiasa mengikuti acara hebat ini. Oleh yang demikian, perlumbaan ini akan disiarkan secara langsung di akaun Facebook dan Youtube Toyota. Untuk maklumat lanjut mengenai Festival Toyota Gazoo Racing, anda boleh layari toyota.com.my/tgrmalaysia/.

 

Share.

About Author

Leave A Reply