Toyota Avanza Terbaharu Telah Mula Dijual – Harga bermula RM80,888

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

UMW Toyota Motor dengan bangganya mengumumkan bahawa Toyota Avanza Terbaharu kini mula dijual dan dipamerkan di seluruh bilik pameran Toyota seluruh negara. Toyota Avanza terbaharu ini boleh didapati dalam 3 varian iaitu Avanza 1.5E, Avanza 1.5S dan Avanza 1.5S+. Mungkin ada ramai yang akan tertanya-tanya, di mana varian G… Ya, seperti yang dapat diberitahu, varian G telah digantikan dengan varian 1.5S.

Toyota Avanza ini dikuasakan dengan enjin 1.5 liter 4 silinder 2NR-VE dengan kotak gear automatik 4 kelajuan. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 105ps dengan 136Nm tork pada 4,200 rpm.

Beberapa perubahan telah dilakukan dan dipertingkat pada sudut dalaman dan luaran Avanza terbaharu ini antaranya antena sirip ikan yu di atas bumbung, lampu Bi-LED dan juga fog lamp, rim aloi berukuran 15 inci bergantung kepada varian dan beberapa ciri-ciri lain yang lebih diperbaharui. Untuk bahagian dalam, sistem penyaman udaranya didatangkan dengan sistem digital yang mamapu memberikan udara lebih bersih didalam kenderaan. Selain itu, bagi varian 1.5S+, ianya dilengkapi dengan ciri Apply CarPlay dan Android Auto yang boleh disambungkan pada telefon bimbit anda. Pemain audio digital berukuran 6.75 inci “touch screen” dengan Skrin Resolusi WVGA membolehkan anda melihat paparannya dengan lebih jelas dan mudah serta beberapa fungsi lain yang lebih baik dipadankan bersama dalam Avanza baharu ini.

Untuk varian 1.5S+, ianya didatangkan dengan fungsi “Blind Spot Monitor” dan juga “Rear Cross Traffic Alert (BSM+RCTA) di mana ianya membantu pemandu melihat objek atau kenderaan di kawasan yang terlindung semasa sedang memandu serta perakam video digital (DVR).

Para pelanggan boleh membuat 4 pilihan warna iaitu Dark Red Mica Metallic, Silver Mica Metallic, White dan Black Metallic. Harga tanpa insuran setiap varian adalah seperti berikut :

Avanza 1.5E – RM80,888;
Avanza 1.5S – RM83,888
Avanza 1.5S+ – RM87,888.

Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi semua bilik pameran yang berhampiran anda…

Share.

About Author

Leave A Reply