SDAC-Ford Tawar Penjimatan Untuk Ford Ranger WildTrak Dengan Rebat Tunai RM7,000

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

 

 Penjimatan sebanyak RM7,000 bagi 2.0-liter Bi-Turbo Ford Ranger WildTrak bermula 15 April 2020. Pelanggan berpeluang merebut ‘Promosi Rangkaian Ford Ranger XLT’ yang sedang berlangsung sehingga 31 Mei 2020 – penjimatan sehingga RM9,000 untuk Ranger XLT 2.2L, RM8,000 untuk Ranger XLT Special Edition dan RM7,188 for XLT Plus.

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia hari ini mengumumkan bermulanya promosi Ford Ranger WildTrak untuk memberikan pelanggan penjimatan bagi pembelian kenderaan mereka.

Kami tahu bahawa Ford Ranger WildTrak memang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Oleh itu, kami menawarkan rebat tunai sebanyak RM7,000 bermula hari ini, dan kami berharap ini dapat mengurangkan beban kewangan kepada pelanggan kami yang berhasrat untuk menjadi pemilik Ford Ranger WildTrak kebanggaan mereka.” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

“Pada ketika ini, kami juga menyeru kepada semua agar terus tabah dan sentiasa berfikiran positif. Kita semua juga harus terus sentiasa memiliki sifat tanggungjawab sosial dengan mengambil tahu situasi semasa di samping sentiasa mengamalkan kebersihan diri,” tambahnya lagi.

Penjimatan sebanyak RM7,000 untuk Ford Ranger WildTrak

Sepanjang tempoh promosi ini, para pelanggan yang membeli Ford Ranger WildTrak yang dilengkapi dengan enjin 2.0L Bi-Turbo berpeluang mendapat penjimatan rebat tunai bernilai RM7,000.

Ford Ranger WildTrak menampilkan pelbagai teknologi pintar yang unggul dan memberikan keupayaan tahan lasak di samping penambahan kepada perincian yang tiada pada segmen trak pikap.

Sepanjang tempoh promosi ini, para pelanggan berpeluang merebut Promosi Rangkaian Ford Ranger XLT yang sedang berlangsung dan akan tamat pada 31 Mei 2020 – jimat sehingga RM9,000 untuk Ranger XLT 2.2L, RM8,000 untuk Ranger XLT Special Edition dan RM7,188 untuk XLT Plus.

Semua model Ford Ranger memberikan pengalaman pemilikan yang tiada tandingan, dengan waranti penuh pengeluar selama 3 tahun atau sehingga 100,000km, yang mana dahulu, dan pastinya memberikan kelegaan kepada pemilik.

Selaras dengan inisiatif digital SDAC-Ford, para pelanggan yang berminat dengan promosi-promosi ini boleh terus menghubungi Jurujual Digital Ford di antara jam 9 pagi – 4 petang pada hari Isnin- Jumaat. Pelanggan hanya perlu menghubungi talian WhatsApp +6019-204 1200 untuk memulakan perbualan di mana semua pertanyaan akan dilayan dalam masa 24 jam ataupun pelanggan juga boleh melayari laman web www.sdacford.com.my

Jurujual Digital Ford bertujuan untuk menjawab pertanyaan pelanggan berkenaan pembelian kenderaan termasuk tentang produk, promosi yang terkini dan juga senarai harga.

Ia bertindak sebagai saluran yang menghubungkan pelanggan dengan jurujual berdaftar Ford yang terdekat, untuk memberi khidmat nasihat berkenaan ketersediaan stok, promosi bilik pameran, pilihan pembiayaan pinjaman, cukai jalan dan yuran pendaftran kenderaan serta pilihan insuran, melalui talian WhatsApp, Email atau panggilan telefon untuk pelanggan yang lebih suka berurusan dengan kami secara maya.

Untuk mengetahui maklumat semasa bagi waktu urusan bilik pameran dan pusat servis serta promosi terbaharu dan pengumuman kami, sila layari laman web www.sdacford.com.my

*Promosi Ford Ranger WildTrak akan berlanjutan sehingga tarikh yang dinyatakan kelak. Para pelanggan boleh mendapat maklumat terkini tentang tempoh kempen ini dengan melayari laman web SDAC-Ford.

Share.

About Author

Leave A Reply