SDAC Ford Anjur Bengkel Deep Dive Ranger Raptor – Memberikan pengetahuan tentang Ranger Raptor kepada pelanggan baru dan sedia ada

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia mengumumkan ‘Bengkel Deep Dive Ranger Raptor’ – inisiatif secara percuma untuk memberikan pengetahuan mendalam kepada pelanggan baru dan sedia ada tentang kefungsian dan keupayaan Ranger Raptor.

Bengkel ini akan dikendalikan oleh pakar permotoran berpengalaman dan para peserta akan belajar tentang bagaimana untuk memaksimumkan pelbagai ciri dan fungsi teknologi tinggi yang terdapat pada Raptor. Ini termasuk mengajar peserta tentang bila dan bagaimana untuk menggunakan Sistem Pengurusan Permukaan (TMS) trak – sistem canggih yang menawarkan enam mod pemanduan pra-set untuk menakluki apa jua permukaan dengan sekadar putaran dail sahaja.

Para peserta akan turut memahami aspek-aspek kejuruteraan trak yang unggul di pasaran ini dan bagaimana ia diterjemahkan kepada pemanduan yang dinamik – trek yang lebih luas, ketinggian yang ditingkatkan, dapra lebar, suspensi perlumbaan FOX Racing Shox, tayar yang lebih besar dan lebar dengan plet hentaman bawah yang besar.

“Sasaran bengkel ini adalah untuk memberikan para pelanggan pengalaman yang menghasilkan manfaat secara langsung. Topik-topik yang dibentangkan oleh pakar-pakar permotoran berpengalaman itu juga membolehkan para peserta menghargai dan lebih memahami trak lasak berkelajuan tinggi yang unggul di pasaran ini, “kata Syed Ahmad Muzri bin Syed Faiz, Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion.

Bagi memastikan bengkel yang efektif, pendekatan dengan kumpulan yang kecil tidak melebihi 10 peserta dipraktikkan. Para peserta juga digalakkan untuk menjemput sahabat handai menghadiri bengkel bagi mendapatkan promosi “Refer-a-Friend”. Promosi tersebut membolehkan peserta menerima kad petrol bernilai RM500 sekiranya rakan-rakan mereka membeli samada Ranger WildTrak atau Ranger Raptor. Para pelanggan yang membawa anak-anak tidak perlu risau kerana sudut kanak-kanak akan disediakan supaya ibu-bapa berpeluang untuk turut sama terlibat di dalam bengkel ataupun perbincangan.

Tarikh dan lokasi sembilan ‘Bengkel Deep Dive Ranger Raptor’ adalah seperti berikut:

 

TARIKH

LOKASI

07-Sep

Ford Johor Bahru, Auto Lumina

14-Sep

Ford Melaka, Sing Kwung

21-Sep

Ford Puchong, Star East

05-Oct

Ford Penang, SDAC Juru

12-Oct

Ford Muar, Ang Trading

19-Oct

Ford Ipoh, SNS Kembara Utama

02-Nov

Ford Kota Bharu, Tugu Etika

16-Nov

Ford Ampang, Trio Mantap

30-Nov

Ford Petaling Jaya 2, SDAC PJ2

 

Pendaftaran kini dibuka dan mereka yang berminat digalakkan untuk menghubungi dan mendaftar di mana-mana bilik pameran Ford kerana tempat adalah terhad. Nombor untuk dihubungi boleh didapati di https://www.sdacford.com.my/locate-a-dealer#!/list

Share.

About Author

Leave A Reply