Rasai Kehangatan Acara Mitsubishi 4Sure Thrill Bersama Juara 2 Kali Rali Dakar Dan Atlet Permotoran Wanita Malaysia

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia akan melangsungkan acara yang bakal memberi keseronokkan dengan menampilkan Triton terbaharu mereka. Acara ini akan dimeriahkan dan diperhebatkan lagi dengan kehadiran juara 2 kali Rali Dakar iaitu Hiroshi Masuoka serta Leona Chin, atlet permotoran wanita Malaysia.

Acara ini akan berlangsung bermula 9 – 10 Mac 2019 (Sabtu & Ahad) bertempat di perkarangan tempat letak kereta Setia City Convention Centre bermula dari jam 10 pagi hingga 8 malam. Acara ini juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk setiap pengunjung atau pelanggan yang datang.

Selain datang untuk melihat dengan lebih dekat Mitsubishi Triton terbaharu ini disamping aksi-aksi yang akan ditampilkan oleh Hiroshi Masuoka atau Leona Chin, anda juga berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki jentera yang dipandu oleh mereka ataupun menguji sendiri Triton terbaharu ini.

Tambah lebih menarik, 1,000 pelanggan yang terawal memiliki Triton terbaharu ini bakal menerima ‘Thule Subterra Luggage’ edisi terhad bernilai RM2,000, baucar kad petrol bernilai RM30 bagi 30 orang pelanggan yang menempah mana-mana model jentera Mitsubishi dan payung eksklusif Ralliart bagi pelanggan yang menempah mana-mana model jentera Mitsubishi. Mitsubishi turut menyediakan 100 kopi Starbucks percuma bagi mana-mana pelanggan atau pengunjung terawal yang dapat menyelesaikan 3 ujian yang telah mereka sediakan. Bagi peraduan gambar atau video 4Sure Thrill pula, pemenang bakal menerima baucar kad petrol bernilai RM800 untuk pertama, kad Touch & Go bernilai RM500 kedua dan baucar Tesco RM300 ketiga. Anda juga jangan melepaskan peluang untuk menyertai cabutan bertuah bagi memenangi hadiah RM5,000.

Untuk maklumat lanjut mengenai Triton terbaharu, sila layari http://www.mitsubishi-motors.com.my/triton

Share.

About Author

Leave A Reply