Pusat 3S Mitsubishi Motors kini dibuka di Bintulu, Sarawak – Bilik pameran terbaharu bagi perkhidmatan yang lebih sempurna

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), memperkenalkan pusat 3S Mitsubishi yang baru sahaja dibuka di Bintulu, Sarawak. Bilik pameran dan pusat 3S ini telah diberi kepercayaan oleh pihak MMM kepada Auto Pacifica Sdn Bhd . Auto Pasifica merupakan pusat 3S kedua yang dibuka di Bintulu dan ianya terletak di Lot No. 31 & 32, Pusat Komersial Bintulu City Mall, Jalan Johari Sunam, Bintulu, Sarawak dengan pelaburan sebanyak setengah juta ringgit.

Dengan kawasan yang dibina seluas 3,000 kaki persegi, Pusat 3S baru ini menempatkan ruang tamu, dan sebuah bengkel serba lengkap yang mampu menyelenggara sehingga tiga kereta Mitsubishi dengan kawasan simpanan. Pusat 3S ini turut dilengkapi dengan alat diagnostik lengkap dan set peralatan khas (SST) untuk melayani setiap kenderaan Mitsubishi.

“Auto Pacifica telah menyertai keluarga Mitsubishi Motors setelah 4 tahun MMM ditubihkan pada tahun 2005. Jadi, ini merupakan tahun kesepuluh kami sebagai rakan niaga! Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Auto Pacifica, ahli Samling Strategic Corporation Sdn Bhd, atas sokongannya yang berterusan serta menjadikan Triton dua pilihan utama di Sarawak dengan 20.9% bahagian pasaran”, kata Tomoyuki Shinnishi, Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia .

Dengan pembukaan Auto Pacifica, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini diwakili 54 ruang pameran (di mana 48 daripadanya adalah 3S Pusat) dan 55 saluran perkhidmatan di seluruh Malaysia. Di Malaysia Timur, MMM diwakili oleh 15 bilik pameran (7 di Sarawak dan 8 di Sabah).

Trak pengangkut Triton 4×4 diimport sebagai unit CBU (Completely Built-Up) dari Thailand manakala ASX dan Outlander dipasang di Malaysia (CKD).

 

Share.

About Author

Leave A Reply