Proton X70!!! Tukar Rim Macam Ni Pun Dah Cukup Gempak…

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Nampak luar biasa, tapi ini kenyataannya…

Baru-baru ini, pihak Speed Line Tyres Services Center yang bertempat di Dataran Sunway, Kota Damansara telah berkongsi gambar sebuah Proton X70 yang baru sahaja dibeli oleh pemiliknya telah memasang set rim BC Forged LE72 kepada kenderaan beliau. Seperti yang sedia maklum, rim BC Forged ini sangat popular dipakai oleh model-model jentera ‘supercar’ seperti Lamborghini, Porsche, Ferrari dan seangkatan dengannya.

Rim berukuran 20 inci itu telah dipasangkan dengan begitu teliti dek kerana nilainya yang begitu tinggi. Selaku pengedar utama rim BC Forged, Speed Line akan memastikan setiap pelangannya akan berpuas hati dengan setiap produk dan perkhidmatan yang diberikan. Ternyata pemilik Proton X70 ini benar-benar berjiwa kental!

Kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Speed Line Tyres ini, anda boleh berkunjung ke premis mereka yang terletak di 47-1 & 47-2, Jalan PJU 5/9, Dataran Sunway Damansara, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor atau hubungi talian +6012 697 3662 atau +6012 412 5796.

Share.

About Author

Leave A Reply