Proton Saga Edisi Ulang Tahun Ke-35

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Proton Saga pertama kali dilancarkan pada 1985. Selepas melalui perubahan zaman, Proton Saga muncul dengan pelbagai varian. Kereta ikonik bagi rakyat Malaysia ini juga sedikit demi sedikit mendapat sentuhan gaya baru yang lebih moden dan teknologi terkini.


Sempena ulang tahun yang ke -35, Proton Saga sekali lagi muncul dengan varian terbaru iaitu Saga Anniversary Edition atau Proton Saga Edisi Ulang Tahun. Saga Driving Malaysian dipilih menjadi slogan dan meggambarkan betapa dekatnya Proton Saga dihati rakyat Malaysia

Proton Saga Edisi Ulang Tahun ini adalah berdasarkan model 1.3L Premium AT. Tampil dengan Warna Hitam Ekskulsif dan sedikit sentuhan jalur kuning pada bampar belakang dan grill hadapan. Cermin sisi juga berwarna kuning. Rim aloi gelap ekskulusif menambah lagi gaya sporty.

Anda juga boleh menempah Proton Saga ini dengan pakej aksesori lengkap. Skirting hadapan, skirting bahagian tepi, visor pintu, pelapik penebat hud, pelapik penebat bonet belakang dan trey bonet belakang. Kesemua aksesori ini juga boleh dipadankan pada semua model Proton Saga versi 2019.

Bahagian dalaman juga dinaik taraf, Jalur kuning di ruang pendingin hawa, panel tengah dan meter combi. Apa yang lebih menarik lagi, Proton Saga Edisi Ulang Tahun ini juga dilengkapi Penapis Kabin N95. Ianya berfungsi untuk membersihkan udara didalam kabin dan memberikan perlindungan daripada udara tercemar berbahaya. Sekaligus memberikan keselesaan dalam pemanduan.

Proton Saga Edisi Ulang Tahun hanya dikeluarkan berjumlah 1,100 unit. Berharga RM39,800 dan selepas rebat, RM 39,300. Penambahan RM 2,035 untuk pakej aksesori.

Anda sudah boleh membuat tempahan dengan berkunjung ke pusat jualan Proton atau melalui dalam talian.

Share.

About Author

Leave A Reply