PROTON – Langkah Berjaga-Jaga Ketika Keluar Rumah Perlu Dilakukan Semasa PKP

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Fasa tiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penyebaran COVID-19 di negara ini telah disambung untuk dua minggu lagi, hingga 12 May. Walaupun telah dinasihatkan untuk tinggal di rumah sepanjang tempoh PKP, kamu mungkin tertanya-tanya – “Adakah saya mempunyai makanan yang mencukupi untuk bertahan selama itu?”, “Apa yang saya nak masak esok?” atau mungkin “Adakah ubat saya mencukupi untuk dua minggu?”

Kadangkala juga terdapat perkara mustahak yang perlu dilakukan dan memerlukan kita untuk keluar dari rumah. Walau apa pun keadaannya, anda perlu ingati perkara yang perlu dipatuhi sebelum melangkah keluar. Juga diingatkan bahawa hanya satu wakil dari keluarga yang dibenarkan keluar semasa tempoh PKP.

Ambil langkah keselamatan sebelum keluar dari rumah

Perkara paling penting yang harus kita lakukan adalah melindungi diri kita semasa melakukan aktiviti luar. Ia menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kita tidak jatuh sakit dan tidak menjangkiti orang lain. Oleh itu, jangan lupa memakai topeng, bawa sebotol kecil pembersih tangan dan sekurang-kurangnya sebungkus tisu basah. Sekiranya anda menyentuh butang lift, objek atau permukaan lain, disarankan untuk segera membersihkan tangan anda sebelum memasuki kereta atau menyentuh objek lain.

Sekiranya berlaku kecemasan

Satu lagi langkah berjaga-jaga yang boleh diambil adalah dengan memberitahu seseorang sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Sekiranya anda perlu meninggalkan rumah, pastikan anda memberitahu arah tuju, rancangan perjalanan, dan cara-cara untuk menghubungi anda. Jangan lupa bawa telefon bimbit anda dan pastikan baterinya dicaj penuh.

Gunakan laluan jalan raya yang biasa digunakan

Dengan negara bergerak ke fasa ketiga PKP, polis dan tentera telah mengetatkan penguatkuasaan untuk memastikan bahawa rakyat mematuhi perintah duduk di rumah. Dengan sekatan jalan raya yang dilakukan, adalah perlu untuk kita mengetahui laluan yang hendak digunakan dengan lebih baik bagi memastikan perjalanan kita berada dalam jarak radius 10km. Namun, jika anda hendak mendapatkan perkhidmatan kesihatan, perjalanan anda dibenarkan melebihi 10km.

Patuhi tempoh masa sepanjang PKP

Seperti yang kita sedia maklum, semua perniagaan, seperti restoran, pasar raya dan juga perkhidmatan penghantaran makanan hanya dapat beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam. Orang ramai juga dilarang membawa penumpang kecuali semasa kecemasan, dari jam 10 malam hingga 6 pagi, termasuk mereka yang menggunakan khidmat e-hailing. Dengan itu, pastikan anda meninggalkan rumah tidak melebihi tempoh masa yang dihadkan oleh kerajaan.

Bawa dokumen pengesahan diri

Adalah menjadi kesalahan di Malaysia jika anda tidak membawa kad pengenalan (IC) anda, terutamanya dalam situasi sekarang. Oleh itu, pastikan anda membawa IC anda dan jika anda memandu, diingatkan juga untuk membawa lesen memandu anda kerana memandu tanpa lesen adalah kesalahan yang serius! Sekiranya alamat semasa anda tidak dikemas kini, bawalah penyata bil terkini.

Buat senarai barang dapur

Ia sangat penting untuk anda mengelakkan diri daripada terdedah kepada virus. Anda perlu mencari barang keperluan anda dengan cepat untuk meminimumkan masa di pasar raya, dan harus pastikan proses perbelanjaan anda dilakukan dengan pantas dan tanpa berulang-alik (jika anda terlupa sesuatu). 

Pertama, periksa pantri dan peti sejuk anda untuk makanan yang sedia ada, dan buat senarai membeli barang. Ini akan mengelakkan anda membeli stok berlebihan. Anda juga boleh menyusun senarai mengikut kategori, seperti daging, sayur, makanan dalam tin, produk tenusu dan lain-lain. Oleh itu perbelanjaan akan menjadi lebih mudah. Ingatlah untuk membawa beg kitar semula! Selepas membeli barang runcit, letakkan ke dalam kereta dan bersihkan tangan anda.

Menjaga kebersihan – sanitasi dan membasmi kuman

Kecenderungan untuk menyentuh muka sendiri mungkin kerap berlaku, terutamanya jika anda memakai cermin mata. Cuba untuk tidak menyentuh muka anda dan segera sanitasi apabila anda pulang. Setelah pulang, buang topeng muka anda, basuh pakaian anda menggunakan mesin basuh dan basuh tangan anda dengan air sabun sebelum mandi. Anda juga digalakkan untuk sanitasi barang runcit, beg plastic atau beg membeli-belah, serta kunci kereta dan telefon bimbit anda. Tujuannya di sini adalah untuk memastikan tiada pendedahan di rumah anda.

Semasa menghadapi tempoh PKP yang dilanjutkan, PROTON berharap orang ramai mengamalkan kebersihan yang baik dan yang paling penting, untuk duduk di rumah. Namun, sekiranya anda perlu meninggalkan rumah, sila ikut tips ini dan pandu dengan selamat! Dalam masa sukar ini, kita harus tetap tenang dan kuat, Malaysia!

Sekiranya anda berminat untuk mempelajari lebih banyak tips, lawati PROTON di https://www.proton.com/en/corporate/staysafe-staystrong-malaysia

 

Share.

About Author

Leave A Reply