Proton Iriz & Persona 2019 Tampak Lebih Bergaya dan Pintar

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Baru-baru ini, setelah dipamerkan semasa Malaysian Autoshow yang lepas, kedua-dua model iaitu Proton Persona dan Iriz 2019 dilancarkan dengan secara rasminya. Kedua-dua model ini tergolong dalam keluarga segmen B yang telah ditambah baik secara keseluruhannya baik dari segi reka bentuk serta penambahbaikkan kepada lebih 300 bahagian yang pasti dapat bersaing dengan model-model jenama yang lain.

Proton telah memperkenalkan ciri-ciri kelas pertama dengan pemasangan sistem stereo pinta bagi kedua-dua model 2019 ini yang menampilkan revolusi dalam segmennya.bagi varian Premium 1.6 AT kedua-dua model ini, ianya dilengkapi dengan sistem ini menggunakan kad eSIM yang membolehkan pengguna untuk kekal bersambung ke Internet. Sistem ini turut menawarkan aplikasi penstriman muzik, navigasi dalam talian dan pengecaman suara yang boleh diakses melalui skrin sentuh 7-inci dengan paparan warna penuh serta memori dalaman sebanyak 16GB. Untuk kemudahan tambahan, sistem ini juga mempunyai kemampuan pencerminan bagi telefon pintar Android.

Aplikasi pengecaman suara yang digunakan juga sama seperti yang terdapat pada model X70 yang mana pengguna kemudiannya boleh mengakses pelbagai pilihan yang ada menggunakan arahan suara ini tanpa menggangu sesi pemanduan. Sistem ini juga akan menerima kemas kini Over The Air (OTA) secara berkala apabila terdapat aplikasi-aplikasi baharu

Untuk membezakannya daripada model terdahulu, para pereka Proton telah memberikan kelainan yang komprehensif pada reka bentuk luar model Proton Iriz dan Persona 2019 ini. Antara kedua-dua model ini, perubahan pada Iriz lebih ketara kerana model itu dilengkapi dengan gambaran baharu melalui gril hadapan Ethereal Bow yang mula diperkenalkan pada Proton X70. Bampar hadapan dan belakang baharu, hiasan belakang berwarna hitam, reka bentuk roda aloi baharu serta antena sirip ikan yu yang membuatkan Iriz tampak lebih menyerlah ditambah pula dengan sistem pengendaliannya yang sudah diketahui adalah yang terbaik dalam kelasnya.

Reka bentuk yang dilakukan pada Proton Persona 2019 tidak begitu ketara tetapi tetap menampilkan corak Ethereal Bow dan Infinite Weave yang merupakan trademark baharu PROTON. Turut dipadankan pada model sedan keluarga ini adalah spoiler baharu pada but, reka bentuk bampar hadapan dan belakang baharu dan reka bentuk roda aloi yang lebih menarik tetapi tidak menjejaskan ciri-ciri praktikal yang menjadi kegemaran di kalangan pengguna di Malaysia.

Harga atas jalan tanpa insuran yang ditawarkan untuk kesemua varian Iriz dan Persona 2019 adalah seperti berikut :

IRIZ 2019

Premium 1.6L CVT : RM50,700

Executive 1.6L CVT : RM46,700

Executive 1.3L CVT : RM44,700

Standard 1.3L CVT : RM39,700

Standard 1.3L MT : RM36,700

PERSONA 2019

Premium 1.6L CVT : RM 54,600

Executive 1.6L CVT : RM49,600

Standard 1.6L CVT : RM44,600

Standard 1.6L MT : RM42,600

GALERI

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply