PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) telah dilancarkan oleh Pengerusi PETRONAS, Datuk Ahmad Nizam Salleh bertempat di Dewan Filharmonik KLCC hari ini. Jentera perlumbaan ini akan diuji buat pertama kalinya semasa acara MotoGP Winter Test yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 6 hingga 8 Februari ini.

Barisan pelumba yang akan mewakili pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT) dalam kategori MotoGP adalah Franco Morbidelli dan juga Fabio Quartararo yang akan menunggang jentera Yamaha YZR-M1hasil kerjasama bersama Yamaha Motor Co. Ltd.

 

Khairul Idham Pawi pula akan berlumba di bawah PETRONAS Sprinta Racing dalam kategori Moto2 manakala Ayumu Sasaki dan John McPhee akan mewakili pasukan dalam kategori Moto3.

Moga pasukan kebanggaan negara ini akan membawa kejayaan dan berterusan mengarumkan nama di peringkat antarabangsa.

Share.

About Author

Leave A Reply