Perodua Bezza Limited Edition – Hanya 50 unit

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Bersempena dengan acara Malaysia Autoshow 2019 yang berlangsung hingga hujung minggu ini di Maeps, Perodua telah memperkenalkan Perodua Bezza Limited Edition. Majlis bagi pengenalan model tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd, YBhg Datuk Ahmad Suhaimi Hashim. Ianya turut disaksikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Datuk Ignatius Darell Leiking; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) YBhg Dato’ Madani Sahari dan Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd YBhg Dato’ Dr Zahari Husin.

Perodua Bezza Limited Edition terhad kepada 50 unit sahaja dan dibuka untuk tempahan hanya di Malaysia Autoshow 2019 sepanjang empat hari acara itu berlangsung dengan harga RM44,890, atas jalan tanpa insuran.

“Perodua Bezza Limited Edition merupakan model yang menggambarkan personaliti pemilik yang unik dan sporty. Dengan aksesori GearUp yang ekslusif kepada model ini, anda akan lebih menonjol dan menyerlah di khalayak ramai semasa memandunya,” kata Dato’ Dr Zahari.

Berdasarkan Bezza 1.3 Premium X, Perodua Bezza Limited Edition tampil dengan warna luaran Ivory White, kit badan GearUp kemasan hitam matte yang dikelilingi jejalur merah serta spoiler belakang berwarna hitam matte. Model tersebut juga didatangkan dengan bumbung hitam, rim aloi berwarna kelabu gelap, cermin sisi berwarna merah dan pelekat bercorak geometrik pada bonet serta pada bahagian sisi.

Bahagian dalaman Perodua Bezza Limited Edition lebih bergaya dengan penambahan sarung tempat duduk GearUp dengan kemasan jahitan merah, corong udara berwarna merah serta karpet koil GearUp.

“Perodua Bezza kekal menjadi pilihan ramai kerana kecekapan bahan api, kualiti, kebolehpercayaan, ruang dalaman yang luas, praktikaliti, mudah dipandu dan kos pemilikan yang rendah – semuanya dalam satu pakej yang kompak dan berbaloi.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana memberi sokongan yang padu kepada Bezza serta model-model kami yang lain. Kami akan terus membuat penambahbaikan untuk menawarkan produk dan pekhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan kami yang dihargai,” kata Dato’ Dr Zahari.

Kunjungi ruang pameran Perodua di Dewan A, MAEPS pada 11hb-14hb April ini untuk merebut tawaran eksklusif yang merangkumi produk dan perkhidmatannya, serta hadiah wang tunai sehingga RM20,000 secara keseluruhan.

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply