Perlumbaan Malam Super GT Yang Pertama Pusingan Ke-5 di Malaysia – Jazeman Jaafar pelumba pertama Super GT dari Malaysia

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Perlumbaan Super GT pusingan ke-5 akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada 16 hingga 19 Julai 2020. Dan untuk pengetahuan, perlumbaan kali ini juga merupakan yang pertama diadakan pada waktu malam. Pelumba kebangsaan, Jazeman Jaafar bakal bergandingan bersama pemenang Suzuka 10 Hour, Datuk Adrian D’Silva yang akan menjadi pemandu pertama berlumba pada siri kali ini.

Pasangan pelumba ini diberikan ‘wildcard’ dalam perlumbaan ini dan akan memandu sebuah jentera Porsche GT3R yang dipersiapkan oleh Earl Bamber Motorsport (EBM). Jazeman yang berpengalaman dalam beberapa siri perlumbaan menyatakan saat ini merupakan sesuatu yang amat membaggakan dalam sejarah kerjaya beliau dan ianya merupakan satu penghormatan yang tidak dapat dilupakan dalam perlumbaan Super GT.

Jazeman akan mula menguji jentera Porsche GT3R untuk pertama kalinya minggu ini di Sepang sebagai persiapannya untuk menghadapi perlumbaan. Dengan persiapan awal yang dilakukan, beliau akan dapat menyesuaikan diri dengan jentera yang dipandunya. Tambah beliau lagi, berlumba di acara Super GT ini adalah impiannya sejak kecil lagi dan kini telah menjadi nyata atas peluang yang telah diberikan.

*Kali terakhir Sepang menjadi tuan rumah bagi perlumbaan Super GT adalah pada tahun 2013.

 

Share.

About Author

Leave A Reply