Peraduan Merdeka Pam/Beli & Menang – BHPetrol meraikan para pemenang  

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Pada 26 November 2019, bertempat di Hotel Royal Chulan Damansara telah berlangsungnya satu acara bagi meraikan para pemenang sempena Peraduan Merdeka Pam/Beli & Menang yang telah dianjurkan oleh BHPetrol. Peraduan yang telah bermula dari 15 Ogos 2019 hingga 15 Oktober  2019 yang lepas terbuka kepada semua pengguna BHPetrol dan  menyediakan hadiah bernilai sehingga RM500,000. Para pengguna BHPetrol hanya perlu berbelanja minimum RM40 bahan api atau mana-mana barangan BHPetromart bagi menyertainya.

Acara yang sememangnya dinantikan ini telah menampilkan 6 orang pemenang “Grand Prizes” dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM62,000 setiap seorang bersama 62,000 mata ganjaran ePoints yang turut dimasukkan ke dalam akaun eCard mereka. Bagi 6 orang pemenang “Special Prizes”, mereka turut memenangi wang tunai bernilai RM6,200 beserta 6,200 mata ganjaran ePoints manakala 62 orang pemenang saguhati pula menerima RM1,000 setiap seorang beserta 5,000 mata ganjaran ePoints.

Acara penyampaian hadiah ini diserikan lagi dengan kehadiran Encik Aziz Majid (Retail Operations Manager) dan Puan Rohaila Razali (Brand Manager) serta wakil-wakil dari BHPetrol.

GALERI :

Share.

About Author

Leave A Reply