Mitsubishi Triton Terbaharu Lebih Menyerlah

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) pengedar rasmi Mitsubishi di Malaysia hari ini melancarkan Triton terbaharu. 

Didatangkan dalam 5 varian dan 4 pilihan warna, jentera berkonsepkan ‘Engineered Beyond Tough’, ini yakin dapat menyediakan sebuah kenderaan yang hebat, lasak dan selamat untuk digunakan di atas jalan raya. Dengan pengalaman hampir 40 tahun dalam membangunkan kenderaan trak pikap, pastinya mereka berjaya menghasilkan sebuah kenderaan yang begitu lengkap bagi pengguna mereka. 

Mitsubishi Triton terbaharu ini dikuasakan oleh enjin turbodiesel  MIVEC bersesaran 2.4 liter. Nadi jentera ini mampu menyampaikan kuasa sehingga 181 PS dan tork 430Nm. Kuasa yang dihasilkan turut dibantu oleh kotak gear 6 kelajuan yang telah ditambah baik bagi penukaran gear yang lebih lancar.

Jentera ini turut dilengkapi dengan sistem Super-Select 4WD II yang memiliki mod off-road yang mampu menukar kesesuaian pemanduan pada permukaan seperti jalan berbatu kerikil, lumpur/salji, pasir dan batu-batuan.

Mitsubishi Triton terbaharu ini diimport sepenuhnya (CBU) dari Mitsubishi Motors Thailand. Ianya didatangkan dengan waranti 200,000km atau 5tahun.

Harga Mitsubishi Triton terbaharu ini adalah seperti berikut :

  1. Triton Adventure X : RM 135,200
  2. Triton AT Premium : RM 118,600
  3. Triton MT Premium : RM 112,500
  4. Triton AT : RM 105,990
  5. Triton MT : RM 100,200

Kesemua harga tidak termasuk SST dan juga insuran.

Share.

About Author

Leave A Reply