Mazda 3 pertama kali dilancarkan adalah pada tahun 2003 dengan nama Axela di Jepun. Terdapat model sedan dan hatchback. Enjin pula adalah 1.5L ,2.0L & 2.3L bagi pasaran di sana.
Foto – Mazda USA
Mazda mengorak langkah dengan memperkenalkan Mazda 3 yang lebih berkuasa pada tahun ini. Kuasa enjin dipertingkat dengan penambahan teknologi terkini – 2.5 Turbo – Skyactiv G Turbo Dynamic Preasure. Sedikit pengubahsuain rekaan bahagian luar yang mengikut DNA rekaan Mazda yang terkini, menambah gaya dan fungsi pada kereta.
Foto- Mazda USA
Mazda3 2021 juga dilengkapi dengan i- Activ AWD® . Pastinya Mazda3 2021 memberikan pengalaman ‘Turbo’ yang baru dan tidak pernah dirasai sebelum ini.
Foto – Mazda USA
Mazda3 2.5 Turbo dijangkakan akan berada di pasaran lewat tahun ini. Bila ianya akan berada di Malaysia?.. Sama-sama kita tunggu.
Tonton video promo – klik – https://www.youtube.com/watch?v=HA6hgsGP7Ns