Maserati MC20 dinamakan sebagai China Performance Car of the year 2021

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Guangzhou, 20 November 2020 – Anugerah China car of the Year 2021 secara rasminya telah diumumkan di Guangzhou. Anugerah ini bertujuan untuk mempromosikan peningkatan industri automotif dalam pasaran China. Seramai 41 juri berwibawa dari media automotif tyelah menghakimi calon-calon yang layak. Berdasarkan prestasi keseluruhan dan faktor-faktor lain, kereta super sport Maserati MC20 telah dinobatkan sebgai China Performance Car of the Year 2021.

MC20 yang dibuat 100% di Itali telah dibangunkan oleh Maserati Innovation Lab di kilang bersejarah di Modena. Menyembunyikan jiwa sporty, enjin 630 kuasa kuda V6 Nettuno serta mencatat 0-100km/j dalam kurang dari 2.9 saat dan berkelajuan sehingga 325 km/j adalah luar biasa. Enjin yang dipatenkan telah berkembang , dirancang dan dibina menggunakan teknologi pra-ruang dari Formula 1. MC20 ,Trident brand secara rasminya telah memulakan era baru untuk Maserati.

Share.

About Author

Leave A Reply