Maserati Ghibli Hybrid : kereta hibrid pertama dalam sejarah Maserati.

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Modena Itali , Sejarah tercipta : Ghibli Hybrid dibangunkan oleh Maserati Innovation Lab of Modena dan akan dikeluarkan dari kilang mereka, Avvocato Giovanni Agnelli Plant (AGAP) di Grugliasco (Turin) mulai September hadapan.

Ghibli Hybrid adalah gambaran daripada Maserati yang bercita-cita tinggi selepas penghasilan enjin MC20 super sports car dan membawa mereka selangkah ke era baru. Cabaran memasuki dunia kenderaan elektrik tanpa mengubah falsafah dan nilai Maserati. Ghibli Hibrib masih mengekalkan ciri-ciri terbilang setiap Maserati.

Ketibaan Ghibli Hibrid mengembangkan lagi daya saing Maserati dalam pasaran dan permintaan yang kempetatif pada masa kini.

Centro Stile Maserati menghasilkan rekaan untuk sebuah kenderaan hibrid yang mudah dikenalpasti dan meggambarkan teknologi hibrid yang dimiliknya. Warna biru pada luaran memberi karakter, 3 saluran udara ikonik, caliper brek dan lambang pada pilar belakang. Warna biru yang sama juga berada di bahagian dalam, sulaman lambang Maserati pada tempat duduk.

Rekaan luar yang moden dan terkini jelas kelihatan di bahagian grill hadapan, bahagian belakang pula di inspirasikan daripada 3200 GT dan Alfieri konsep.

Innovasi kuasa enjin hibrid yang dihasilan oleh jurutera dan juruteknik di makmal mereka ini menggabungkan enjin 4 selinder turbo dan 48 volt alternator ditambah dengan elektrik supercharger (e-Booster) disokong oleh kuasa bateri. Gabungan unik sistem pembakaran ini adalah generasi pertama yang terbaik untuk prestasi, keberkesanan dan nikmat pemanduan.

Penghasilan kuasa pada 330 hp dan tork pada 450 Nm hanya daripada 1500 rpm. Kelajuan 255 km/h dan dari 0-100 km/h dalam 5.7 saat adalah catatan daripada Ghibli Hibrid.

Ghibli Hubrid juga memperkenalkan Maserati Connect, satu program baru yang membolehkan pemandu memantau kenderaan mereka. Sistem ini juga memberikan perkhidmatan keselamatan (Safety Security) ketika dalam kecemasan.

Sitem Maserati Intelligent Assitant generasi baru dengan paparan skrin HD yang dipertingkat dari 8″4 kepada 10″1. Sistem multimedia adalah Android Automotive dan rekaan grafik baharu.

Untuk maklumat lanjut anda boleh berkunjung ke Naza Italia-Maserati Malaysia atau layari laman sesawang mereka. https://www.maserati.com/my/en/official-dealer

Share.

About Author

Leave A Reply