Lagenda Chelsea dan Duta Yokohama, Didier Drogba Melawat Kuala Lumpur

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Duta Yokohama dan juga lagenda bola sepak Chelsea FC bakal melawat Kuala Lumpur dan bakal muncul ke sesi bertemu peminat dan soal jawab yang akan diadakan di pusat membeli belah Sunway Pyramid pada 6 Disember ini.
Acara ini dibawakan kepada semua peminat oleh rakan rasmi Yokohama, juara 5 kali Premier League dan juga FA Cup, Chelsea FC. Acara ini akan dihoskan oleh Amanda Chang yang akan bermula pada jam 1 petang dan turut dimeriahkan lagi dengan aktiviti menarik berkenaan dengan bola sepak yang telah disediakan. Para peminat turut berpeluang menyaksikan persembahan penimbang bola ‘freestyler’ disamping berpeluang mengambil gambar dan berkongsi pengalaman mereka di laman sosial.
Yokohama dan Chelsea mengalu-alukan kedatang semua peminat bola sepak hadir ke acara ini kerana mereka boleh mendekati dan mengenali Didier Drogba ini dengan lebih dekat secara peribadi. Beliau merupakan salah seorang penyerang terbaik di peringkat global dan statistik reputasinya amatlah mengagumkan dengan lebih daripada 100 gol diperingkat Premier League, 12 tropi kelab dan pelbagai lagi.
Bercakap kepada media, Drogba berkata “saya amat berasa teruja untuk melawat Selangor bersama-sama Chelsea dan juga rakan rasmi, Yokohama. Saya tidak sabar untuk bertemu ramai peminat Chelsea FC di Selangor secepat yang mungkin”.
Jangan lupa untuk hadir beramai-ramai pada 6 Disember ini bertempat di Sunway Pyramid

Share.

About Author

Leave A Reply