Kempen Keselamatan Hari Raya BHPetrol – Dengan kerjasama JKJR & PUSPAKOM

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol), dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) dan Puspakom Sdn Bhd, melancarkan Kempen Keselamatan Hari Raya di stesen BHPetrol KL-Karak.

Objektif kempen ini adalah untuk membina kesedaran mengenai pentingnya pemanduan yang selamat terutamanya semasa sesi perjalanan ” balik kampung ” sempena perayaan  Hari Raya yang bakal menjelma. Bagi menghangatkan suasana musim perayaan ini, para pelanggan yang mengisi bahan api di stesen BHPetrol pada hari ini diberikan dengan beg yang penuh dengan pelbagai makanan ringan serta minuman dan juga duit raya.

Unit Mudah Alih Puspakom juga turut bersedia untuk memberi pemeriksaan kenderaan secara percuma kepada para pelanggan. Antara pemeriksaan yang dilakukan adalah sistem suspensi, lampu, kecekapan brek dan tahap ketelusan cahaya cermin kenderaan. Pelanggan juga turut diberi risalah mengenai tips keselamatan jalan raya yang diedarkan oleh pasukan JKJR.

Mr. Tan Kim Thiam, Pengarah Urusan BHPetrol berkata, mereka memilih stesen BHPetrol KL-Karak adalah kerana ia merupakan titik permulaan bagi pemandu yang akan pulang ke negeri-negeri di Pantai Timur. Ianya juga sebuah lokasi yang agak sibuk kerana akan menjadi tumpuan utama untuk para pengguna untuk mengisi bahan api ataupun membeli keperluan sebelum meneruskan perjalanan. Keselamatan para pengguna dan pelanggan merupakan salah satu keutamaan. Beliau berharap agar semua pelanggan BHPetrol dan pengguna jalan raya akan mengamalkan pemanduan yang selamat untuk sampai ke destinasi masing-masing untuk beraya ataupun bercuti bersama keluarga serta rakan-rakan tersayang.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Mr. Wong Yau Duenn,  Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Ir Azizul Azily Ahmad, Pengurus Besar Hal Ehwal Bekalan, Runcit, Hal Ehwal Korporat BHPetrol dan seluruh ‘team’ peruncitan BHPetrol.

 

Share.

About Author

Leave A Reply