Kempen ‘Balik Kampung’ Tahun Baru Cina BHPetrol

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal kunjung tiba, pihak BHPetrol dengan bangganya meraikan para pengguna mereka dalam kempen ‘Balik Kampung’ yang telah dirasmikan di Stesen BHPetrol KL-Karak.

Beberapa stesen lain yang turut mengambil bahagian dalam kempen ini juga adalah seperti stesen BHPetrol Harmony Plaza Tol Sg.Besi, BHPetrol Kayu Ara, BHPetrol Tmn Tun Dr.Ismail, BHPetrol Jalan Kuching, BHPetrol R&R Seremban Arah Utara, BHPetrol KL-Klang dan BHPetrol R&R Sg.Buloh (OBR).

Kepada para pelanggan yang bertuah, semasa acara ini juga mereka turut diberikan beg ‘goodie’ serta limau mandarin secara percuma. 

Selain itu, kempen ‘Pam & Menang’ RM 300,000 ditambah bonus mata ganjaran ePoint turut menanti anda. Dengan setiap pembelian bahan api minimum RM 30, anda layak menyertai kempen hebat ini (Mengikut terma & syarat). Kempen ini berlangsung dari 20 Januari hingga 31 Mac 2019.

Jangan ketinggalan untuk menikmati pelbagai tawaran hebat dari BHPetrol. SELAMAT TAHUN BARU CINA dan hati-hati memandu sepanjang musim cuti perayaan ini. 

Share.

About Author

Leave A Reply