Hyundai Santa Fe Generasi Ke-4 – Kini dibuka untuk jualan

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Semasa acara Kuala Lumpur International Motorshow (KLIMS) yang lepas, Hyundai telah menampilkan model Santa Fe generasi ke-4. Semasa majlis berbuka puasa yang bersama Hyundai Sime-Darby Motors, mereka telah memperkenalkan model tersebut dengan 4 varian berlainan bermula dengan harga RM 169,888.

Menurut Pengarah Urusan  Hyundai Sime-Darby Motors, Mr. Low Yuan Lung, sejak dipertontonkan semasa acara KLIMS tahun lalu, mereka telah menerima banyak respon positif serta tempahan yang di luar jangkaan.

Santa Fe ini di datangkan dengan 2 pilihan enjin iaitu Petrol Theta II 2.4 MPI dan R 2.2 CRDi Diesel dan ditawarkan dengan varian Eksekutif dan Premium. Enjin 2.4 MPI Theta II dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan dan boleh menghasilkan kuasa maksimum 172PS pada 6,000rpm dan tork 225Nm pada 4,000rpm. Sementara itu, enjin R 2.2 CRDi Diesel pula dipadankan dengan kotak gear automatik 8 kelajuan dengan sistem pacuan semua roda (AWD) HTRAC Hyundai  yang boleh menampilkan kuasa maksimum 193PS pada 3,800rpm dan tork sehingga 440Nm pada 1,750-2,750rpm.

Varian Premium bagi Theta II 2.4 MPI dan R 2.2 CRDi berbeza harga RM20,000 dengan yang lain serta mempunyai ciri-ciri eksklusif dan mewah antaranya sistem RCTA, BSM,  lampu depan, belakang dan kabus LED, sensor wiper, rim aloi 19 inci, papan pemuka kemasan kulit, sambungan Apple CarPlay dan Android serta pelbagai lagi.

Untuk keselamatan, Hyundai Santa Fe ini dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Sistem Bantuan Brek (BAS), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Imobiliser, 6 beg udara, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Pengurusan Stabiliti Kenderaan (VSM), Kawalan Daki Bukit (HAC) dan Kawalan Brek Turun Bukit (DBC).

Harga pengenalan yang sah sehingga Jun 2019 tidak termasuk cukai jalan dan insuran  :

  1. Theta II 2.4 MPI Executive –RM169,888
  2. Theta II 2.4 MPI Premium –RM189,888
  3. R 2.2 CRDi Executive –RM191,888
  4. R 2.2 CRDi Premium –RM211,888

Galeri : 

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply