Hyundai i30 N – Kini Memasuki Pasaran Malaysia!

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Hyundai Sime Darby Motors hari ini telah memperkenalkan Hyundai i30 N ke dalam pasaran negara. Apa yang menariknya, model ini akan dijual secara rasmi melalui Lazada Malaysia bersempena Jualan Mega Hujung Tahun 12.12 dan hanya terhad kepada 20 buah unit sahaja. Hyundai i30 N ini dijual pada harga RM298,000 yang dipakejkan sekali dengan tempoh waranti selama 5 tahun atau 300,000 kilometer (mana-mana yang tiba dahulu).

Dari Kiri : Datuk Aishah Ahmad, Presiden Malaysia Automotive Association (MAA), Mr Luca Suino, Pengarah ‘Motors’ Lazada, Mr Low Yuan Lung, Pengarah Urusan Hyundai-Sime Darby Motors dan Mr Andrew Basham, Pengarah Urusan Sime Darby Motors Division

Tempahan secara ‘pre-order’ bagi Hyundai i30 N melalui Lazada Malaysia dibuka bermula 2 hingga 11 Disember melalui “Lazada Chup Dulu” di mana para pelanggan hanya perlu membayar deposit sebanyak 50 peratus daripada jumlah bayaran tempahan bernilai RM2,000. Baki bayaran bernilai RM1,000 lagi perlu diselesaikan pada 12 hingga 14 Disember bagi mengesahkan tempahan yang dibuat.

Setelah pembayaran tempahan penuh dilakukan, para wakil jualan Hyundai akan menghubungi 20 pelanggan awal yang berjaya bagi melakukan proses pembelian di mana-mana pusat jualan Hyundai. Bagi yang berjaya, mereka berpeluan untuk bercuti ke Korea serta diberi pengalaman memandu di litar Hyundai.

Hyundai i30 N ini dijana oleh nadi 2.0L T-GDI Turbo yang mampu menghasilkan kuasa 273hp dan tork 353Nm bersama transmisi manual 6 kelajuan. i30 N didatangkan dengan 5 moda pemanduan iaitu Eco, Normal, Sport N, dan N Custom.

Jentera ‘sporty’ 5 pintu ini didatangkan bersama-sama rim berukuran 19 inci dan dibaluti tayar berjenama Pirelli. Jarak ketinggian di antara jalan dan badan jentera ini hanya dibezakan sebanyak 8mm sahaja.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau melihat Hyundai i30 N ini dengan lebih dekat, ianya ada dipamerkan di bilik pameran Sime Darby Auto Hyundai Jalan Klang Lama.

GALERI :

Share.

About Author

Leave A Reply