Honda BR-V Terbaharu Kini Dibuka Untuk Tempahan

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Pertama kali diperkenalkan pada tahun 2017, kini Honda Malaysia bakal memperkenalkan kenderaan Crossover 7 tempat duduk BR-V dengan penampilan serta naik taraf yang lebih baharu kepada seluruh rakyat Malaysia. Honda BR-V ini bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini dan telah mula dibuka tempahannya di 100 buah wakil pengedar Honda seluruh Malaysia.

Honda BR-V telah dibangunkan secara eksklusif oleh pihak Honda R&D Asia Pasific Co., Ltd (HRAP) bagi pasaran di ASEAN. Ianya merupakan salah satu model 7 tempat duduk bagi memenuhi permintaan kenderaan bagi para pelanggannya. Sejak diperkenalkan 3 tahun lepas, BR-V sudah terjual sebanyak lebih kurang 36,000 unit sehingga ke hari ini.

Untuk penambahbaikkan demi kepuasan para pelanggan, Honda BR-V terbaharu ini telah dinaik taraf dengan beberapa ubahsuai dari segi penampilannya termasuklah rim aloi 16 inci terbaharu. Honda BR-V dikuasakan oleh nadi 1.5L SOHC i-VTEC mampu menghasilkan kuasa 120PS dan daya kilas maksimum 145Nm.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020, atau layari www.honda.com.my.

Share.

About Author

Leave A Reply