GOODYEAR MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN ‘ZERO CONTACT’ – Pematuhan SOP Majlis Keselamatan Negara

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Bagi menjaga keselamatan pelanggan dan pekerja ketika berurusan didalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, Goodyear melancarkan ‘Zero Contact’ inisiatif iaitu dimana pelanggan boleh mendapatkan tayar baharu tanpa melibatkan sentuhan semasa proses dijalankan.

Pengarahnya Alex Ng berkata : “Memasuki era ‘normal baharu’ memerlukan kita lebih berhati-hati ketika kembali beroperasi demi memenuhi keperluan pelanggan kami. Tiada sentuhan secara langsung antara pekerja dan pelanggan dari saat kenderaan dihantar sehingga diambil semula. Kejayaan program ini di negara lain meyakinkan kami untuk melakukannya di Malaysia”, tambah Ng.

Pelanggan hanya perlu membuat temujanji melalui panggilan telefon atau menggunakan apilkasi WhatsApp di laman sesawang Goodyear Malaysia. Layari www.goodyear.com.my/store dan gunakan fungsi peta untuk memilih lokasi Pusat Servis Kenderaan Goodyear Autocare yang berhampiran.

Kawasan parkir ‘Zero Contact’ disediakan khas untuk pelanggan dan sebuah kotak untuk meletakkan kunci kereta. Pekerja yang bertugas akan mengambil kenderaan pelanggan dan membuat pemasangan tayar baru.

Pemeriksaan keselamatan kenderaan akan dilakukan di setiap 12 titik poin sentuhan utama diikuti dengan pembasmian kuman sebelum dikembalikan kepada pelanggan. Satu senarai semak akan diletakkan didalam kereta sebagai bukti dan pemberitahuan jika pekerja menjumpai masalah pada kenderaan pelanggan.

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat pembayaran tanpa sentuh yang tersedia seperti e-wallet, perbankan dalam talian atau paywave. Didalam program ini, pelanggan berpeluang untuk merebut hadiah percuma di mana-mana Pusat Servis Kenderaan Goodyear Autocare sepanjang perkhidmatan ‘Zero Contact’ (tertakluk syarat-syarat dan terma).

Untuk keterangan lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Goodyear Malaysia di www.goodyear.com.my

 

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply