Ford Ranger Raptor Baharu – Dipertingkatkan dengan Penambahan Ciri-Ciri Keselamatan Yang Pintar

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, telah melancarkan Ford Ranger Raptor Baharu yang telah menampilkan penambahan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik.

Ford Ranger Raptor baharu kini dilengkapi dengan ciri-ciri bantuan pemanduan pintar seperti :

  • Brek Kecemasan Berautonomi dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki (Autonomous Emergency Braking with Vehicle and Pedestrian Detection) direka untuk mengesan pejalan kaki dan juga kenderaan di hadapan trak yang seterusnya akan mengeluarkan bunyi amaran kepada pemandu. Sekiranya pemandu gagal untuk bertindakbalas, sistem tersebut secara automatik akan membrek bagi membantu mengurangkan kebarangkalian berlakunya hentaman belakang dan kemalangan jalan raya.
  • Amaran Rempuhan Hadapan (Forward Collision Warning), yang mengesan kemungkinan berlaku perlanggaran hadapan dengan mengaktifkan bunyi amaran kepada pemandu. Sistem tersebut juga pra-caj secara automatik dan meningkatkan sensitiviti bantuan brek untuk memberikan tindakbalas menyeluruh apabila pemandu membrek.
  • Amaran dan Bantuan Keluar Lorong (Lane Departure Warning & Assist). Sistem ini menggetarkan stereng untuk menyedarkan pemandu apabila mereka terkeluar dari lorong secara tidak sengaja, manakala Bantuan Kekal Lorong membantu pemandu kembali ke lorong asal sekiranya pemandu tidak memberi tindak balas.

Penambahan lain pada Ford Ranger Raptor Baharu termasuk port pengecas USB tambahan pada cermin pandang belakang serta lampu hadapan LED untuk penglihatan lebih jelas untuk pemanduan di waktu malam.

Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Autio ConneXion berkata, “Dengan penambahbaikan pada Ford Ranger Raptor, trak lasak yang hebat ini menjadi lebih lengkap untuk menawan jalan raya dan menjadikannya lebih ideal untuk kegunaan harian dan menakluki laluan mencabar pada kelajuan yang menakjubkan. Kami yakin Ranger Raptor akan terus merevolusikan pasaran untuk para peminat trak pikap di Malaysia.”

Ford Ranger Raptor dikuasakan enjin diesel 2.0L Bi-Turbo yang berkuasa dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan. Ia mampu menghasilkan tenaga maksimum 213 PS dan daya kilas sehingga 500Nm.

Menampilkan ciri redahan air sedalam 850mm, sistem penyerap hentak FOX Racing Shox dan Sistem Kendalian Permukaan (Terrain Management System) dengan enam mod termasuk Mod Baja untuk memberi prestasi yang lebih tinggi, Ford Ranger Raptor juga mampu untuk melepasi had keupayaan dalam teknologi, inovasi dan kepuasan pemanduan.

Ford Ranger Raptor dijual dengan harga bermula RM208,888 (atas jalan, tanpa insurans) dan boleh didapati dalam 4 warna iaitu Ford Performance Blue, Conquer Grey, Absolute Black dan Arctic White.

Muzri menambah, “Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, para pelanggan yang ingin bertanyakan berkenaan Ford Ranger Raptor baharu digalakkan menghubungi FORD secara digital melalui WhatsApp Live Chat yang baru sahaja dilancarkan.

Melalui WhatsApp Live Chat,  segala pertanyaan para pelanggan berkenaan produk dan juga promosi yang sedang berlangsung, dan juga senarai harga kenderaan akan dijawab.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Ford Ranger Raptor hubungilah WhatsApp Live Chat bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang, Isnin – Jumaat. Para pelanggan hanya perlu menghantar teks ke talian WhatsApp +6019-204 1200 untuk memulakan perbualan dan semua pertanyaan akan dilayan dalam tempoh 24 jam, ataupun  layari laman web  https://www.sdacford.com.my.

 

Share.

About Author

Leave A Reply