Falken Tires Menguasai Porsche Macan

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Syarikat jualan Eropah Sumitomo Rubber Group, Falken Tyre Europe GmbH mengumumkan bahawa FALKEN telah mula membekalkan tayar bagi model Porsche Macan yang terbaharu. Terdapat 2 saiz FALKEN AZENIS FK510A SUV yang dibekalkan iaitu 235/60R18 dan juga 255/55R18. Setiap tayar dilengkapi simbol kelajuan “W” (sehingga 270 km/j) dan indeks bebanan masing-masing 103 dan 105.

FALKEN AZENIS FK510 bagi kegunaan kenderaan SUV telah diperkenalkan sejak tahun 2017. Dengan rekaan kraf yang inovatif, FALKEN AZENIS FK510A SUV sesbuah jentera itu boleh dikawal dengan lebih cemerlang. Ianya ditampilkan dengan gaya pemanduan yang berprestasi diseimbangkan dengan keselesaan.

Porsche Macan merupakan sebuah jentera yang menggunakan keupayaan sepenuhnya daripada tayar. ACP  (Adaptive Constant Pressure) meningkatkan prestasi membrek, lebih stabil serta pemanduan yang lebih dinamik. Dengan kecekapan membrek di atas permukaan basah, FALKEN AZENIS FK510A SUV ini juga memiliki jangka hayat yang lama. Dengan menggunakan teknologi rekabentuk Nano 4D, para pereka Falken dapat menghasilkan sebatian getah yang mampu mencengkam dengan lebih baik serta mengurangkan kehausan tayar dengan lebih baik.

“Dengan pengenalan tayar ini, kami terus mengekalkan strategi secara konsisten dalam menawarkan rangkaian lebih meluas dalam segmen yang sentiasa berkembang dan menguntungkan”, jelas Christian Stolting, Pengurus Akaun Utama OE di Falken Tyre Europe GmbH. Sebagai pembekal tayar bagi Porsche Macan, ianya bukan sekadar strategi, tetapi ia menjelaskan tentang jumlah serta kualiti tayar yang dihasilkan dan ianya merupakan satu penghargaan kepada Falken.

Share.

About Author

Leave A Reply