FALKEN FK510 Menguasai Audi A1 Citycarver

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Falken Tire Europe GmbH, syarikat jualan Eropah Sumitomo Rubber Group dengan sukacitanya mengumumkan tayar prestasi tinggi dan telah terbukti kehebatannya FALKEN AZENIS FK510A berukuran 205/55R17 telah dilengkapkan pada kesemua model baharu siri A1 iaitu Audi A1 Citycarver. Sejak musim luruh 2018, jentera SUV kompak Audi Q3 juga telah diengkapi dengan tayar dari Falken.

The FALKEN AZENIS FK510 telah berada di pasaran sejak tahun 2016 dan sejak itu ianya telah melonjak menjadi tayar yang paling popular digunakan bukan sahaja bagi mereka yang menjiwai prestasi malah ramai lagi pengguna lain di luar sana.

Baru-baru ini, dalam satu ujian tayar musim panas yang dijalankan oleh AUTO BILD, FALKEN AZENIS FK510 dengan bangganya menduduki tempat ke-3 berbanding lain-lain jenama yang telah diuji. Penguji menilai dari semua aspek termasuklah ujian di atas permukaan yang basah dan kering serta pengendalian kenderaan yang dinamik.

Model tayar berteknologi tinggi dan canggih dari FALKEN ini dikhususkan bagi pengguna kenderaan yang moden dan ‘sporty’ kerana ianya padanan yang baik bagi Audi A1 Citycarver yang dihasilkan oleh pengeluar kereta dari Ingolstadt tersebut.

Christian Stolting, Pengurus Akaun Utama OE di Falken Tyre Europe GmbH berkata, ,mereka sangat gembira dan teruja apabila memenangi kontrak untuk membekalkan tayar bagi Audi. Ianya juga membuatkan mereka akan membina model premium yang lain serta meningkatkan kualiti dalam setiap produk yang bakal dihasilkan.

Share.

About Author

Leave A Reply