DTC Motors Memastikan Kepuasan Kepada Para Pelanggan

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

DTC Motors Fest telah diadakan bertempat di bilik pameran mereka yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Bersempena dengan acara pembukaan syarikat pengedar kenderaan import dan terpakai ini, mereka telah memberi promosi yang sangat hebat kepada para pelanggan terawal.

Pelbagai kenderaan telah ditawarkan dengan harga yang sangat hebat termasuklah pakej servis dan juga waranti terhadap kesemua kenderaan yang dijual oleh mereka. Selain itu, acara yang diadakan selama 2 hari ini turut meraikan para pengunjung serta pelanggan mereka dengan pelbagai hadiah menarik yang telah disediakan oleh pihak DTC Motors.

Md Afendy Wahid (Ketua Pegawai Eksekutif)

Ketua Pegawai Eksekutif DTC Motors, Md Afendy Wahid yang telah berkecimpung selama 12 tahun dalam industri automotif ini berkata, para pelanggan pasti akan berpuas hati dengan setiap kenderaan yang disediakan oleh mereka baik yang baharu mahupun terpakai yang diimport dari negara luar seperti United Kingdom ataupun Jepun. Syarikat ini juga telah banyak pengalaman dalam menguruskan urusan jual beli kederaan import.

 

Dato’ Haron bin Tamby Chik

DTC amat mementingkan kualiti kenderaan untuk para pelanggan mereka bukan hanya sekadar kualiti. Target mereka untuk sepanjang acara 2 hari ini adalah 10 kenderaan bakal terjual kepada para pelanggan mereka yang bertuah.

Selain itu, bagi pelanggan dan pemilik di sekitar Lembah Klang, DTC Motors juga menawarkan perkhidmatan EZCare yang lebih memudahkan urusan servis dengan tawaran harga sangat istimewa.

Dengan pengalaman serta kualiti yang diberikan, pastinya para pelanggan akan mendapat lebih manfaat dengan perkhidmatan serta kenderaan yang mereka boleh dapati dari DTC Motors. Untuk maklumat lebih lanjut, anda semua boleh berkunjung ke DTC Motors yang beralamat di Lot 240, Jalan Ampang, Kuala Lumpur bersebelahan dengan Balai Polis Jalan Tun Razak.

 

Share.

About Author

Leave A Reply