Z.A.G (Zam Autogarage)

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Nama Zam Autogarage mungkin sudah tidak asing lagi bagi penggila k-car kerana di sini terdapat pelbagai pilihan barangan dari sebatang skru hinggalah ke ‘half-cut’ kereta-kereta k-car dari Jepun. Untuk menjadi seperti sekarang bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Untuk memulakan perniagaan, pelbagai cabaran dan rintangan harus diredah oleh bapa anak satu ini… Hehehe

 

 

Bermula sekitar tahun 2003, Zam hanya membeli barangan half-cut samada untuk kegunaan sendiri atau dijual kepada rakan-rakannya yang terdekat sahaja. Namun, apabila tempahan yang beliau dapat semakin mendapat sambutan, maka bermulalah minatnya untuk membuka sebuah kedai. Dengan kepercayaan yang diberikan oleh para pelangannya, maka ianya bukanlah sesuatu yang mustahil. Dengan sokongan yang ada, beliau nekad untuk berhenti dari pekerjaan asal dan memulakan perniagaan menjual alat ganti ‘half-cut’ dan aksesori kenderaan k-car ini.

Sepanjang beliau menceburkan diri dalam dunia perniagaan ini, kedainya telah dinaik taraf disebabkan faktor untuk menempatkan peralatan dan alat ganti yang semakin meningkat kuantitinya sekaligus dapat memberi keselesaan kepada para pelanggannya. Kedai asalnya sekarang yang terletak di Jalan Bukit Kemuning, Klang kini sudah berusia 7 tahun dan menempatkan stor barangan serta bengkel untuk mengubahsuai atau menaik taraf. Disebabkan minatnya yang suka mengubahsuai kereta, beliau juga telah menceburkan diri dalam beberapa suka bermotor antaranya perlumbaan MSF dan juga rali. Yang pastinya, kedua-dua jentera yang digunakan adalah k-car.

Peralatan dan aksesori yang terdapat di kedai beliau keseluruhannya diimport masuk dari negara Jepun samada di beli dari kedai-kedai half cut berdekatan, bidaan dalam talian, atau di bawa masuk sendiri terus dari negara kereta api laju itu.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ZAG, boleh terus hubungi Zam di talian 013-245 4116 atau terus ke kedai beliau di Jalan Bukit Kemuning, Klang, Selangor. Ezamin Baru balik dari Jepun kan? Berapa kontena dah dapat borong??? #tanyajer

Share.

About Author

2 Comments

Leave A Reply