Volkswagen Beetle Collector’s Edition – Tanda penghormatan kepada model Beetle buat kali terakhir

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Seperti yang ramai sedia maklum, Volkswagen telah memberhentikan pengeluaran model Beetle mereka. Dan sebagai tanda penghormatan dan peringatan buat kali terakhirnya kepada model tersebut, sebanyak 75 unit edisi terhad telah ditawarkan oleh Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kepada para peminatnya.  Collector’s Edition Beetle yang eksklusif ini ditawarkan pada harga RM164,390.00 dan didatangkan dalam warna biru (Blue Silk), putih (Pure White), oren (Habanero Orange) dan merah (Tornado Red) serta dilengkapi pelbagai aksesori bernilai sehingga RM12,000 seperti spoiler belakang, filem dekoratif, hujung ekzos krom, pedal sports aluminium, pemijak kaki, VW Tint dan emblem yang menunjukkan nombor produksinya. Kesemua 75 orang pemilik juga akan menerima satu siijil pemilikan rasmi Collector’s Edition ini.

Beetle juga pernah mempunyai sejarahnya tersendiri di Malaysia kerana pernah dipasang di Shah Alam sekitar tahun 1968. Ramai rakyat Malaysia yang kebanyakkannya pernah membesar dengan model Beetle pada suatu masa dahulu. Selama 80 tahun menampilkan dirinya, dari model terdahulu hinggalah yang moden sekarang, Beetle sudah serasi dengan ramai penggunanya di seluruh dunia dan merupakan salah satu model yang paling lama diproduksikan dalam sejarah automotif.

Semua model Volkswagen, termasuk Beetle hadir dengan penyelengaraan percuma selama (3) tiga tahun, jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan kerosakkan selama (5) lima tahun. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

 

 

 

 

 

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply