Virus Corona – Penggiat sukan permotoran boleh mendapat idea baru walaupun diperintahkan berkurung

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Musim penyakit berjangkit ataupun virus Corona yang sedang melanda negara kita malah boleh dikatakan seluruh dunia semestinya telah menganggu pelbagai urusan serta aktiviti permotoran di seluruh dunia. Hal ini jelas apabila semua perlumbaan utama di dunia telah membatalkan acara yang sepatutnya dijalankan. Di Malaysia juga, semua aktiviti yang melibatkan perlumbaan dan permotoran telah dibatalkan demi menghindari dari wabak/virus Corona ini.

Ya, mungkin ramai yang kecewa kerana setelah membuat persiapan tetapi tidak dapat meneruskan aktiviti mereka. Namun, harus diingat, kesihatan dan keselamatan diri sendiri juga adalah penting. Dengan tersebarnya wabak ini dan perintah untuk tidak keluar dari kediaman mungkin ada hikmahnya. Para tuner boleh mencari idea-idea baru, para mekanik boleh berehat sambil memikirkan strategi yang boleh diterapkan pada jentera perlumbaan mereka, para pelumba juga boleh mengasah lagi skill pemanduan mereka dengan bermain simulator jika ada di rumah, dan baru-baru ini dengar khabarnya Mycil dari Todak Motorsports telah merakamkan album lagu akibat tidak dapat berlumba! Adakah ini benar?

Banyak sebenarnya perkara yang boleh kita lakukan dengan perintah yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Manfaatkan dengan sebaiknya. Hanya kita sendiri yang mampu melakukannya. Sama-sama la kita mencegah dan berdoa agar masalah wabak/virus ini selesai dengan cepat dan boleh kembali seperti sediakala!

 

Share.

About Author

Leave A Reply