Trip Ke ChiangRai & ChiangMai

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Pada bulan Jun yang lepas, seramai 31 orang telah terpilih bagi menyertai trip ke ChiangRai dan ChiangMai yang telah dianjurkan oleh SR Industried Sdn Bhd. Trip 5 hari 4 malam yang bermula dari 12 hingga 16 Jun ini telah disertai oleh 29 pelanggan dan juga 2 wakil dari pihak penganjur. –sales Mr Yap Siong Lim dan Ivan Chang.

Destinasi pertama, Chiang Rai, hanya mengambil masa satu hari dengan pemandu pelancong tempatan membawa semua ahli trip  ke kuil putih yang menakjubkan di Wat Rong Khoon dan kemudiannya ke Chiang Rai Bazaar Night Market selepas makan malam. Pasar mala mini sangat terkenal di kalangan pelancong sebagai pusat membeli-belah. Malam tersebut mereka semua menginap di Grand Vista Hotel.

Hari kedua menyaksikan semua orang dibawa ke pasar sempadan Mae Sai dan kemudian ke Laos melalui bot. Para peserta trip ini mempunyai peluang untuk berbelanja dan bersiar-siar sepanjang sempadan perdagangan ini. Perjalanan diteruskan ke Chiang Mai dan trip berhenti berehat di Hot Spring sebelum mendaftar masuk di hotel diikuti oleh bersiar-siar ke Night Bazaar Chiang Mai. Sekali lagi semua orang mempunyai peluang untuk membeli-belah sambil mencuci mata melihat segala barang jualan yang terdapat di sana.

Memandangkan perjalanan dua hari pertama lebih kurang sama, hari 3 adalah sedikit mencabar dan berlainan. Hari 3 menyaksikan mereka semua dibawa ke Elephant Camp di mana mereka boleh melihat gajah terlatih bermain bola sepak dan melukis,  ke Long Neck Village yang terkenal dengan budaya tempatan dan perhiasan leher yang memanjang, Orchid Butterfly Farm dan kemudian ke 60 minute Thai Full Body Massage. Di sebelah malamnya, mereka semua telah dihidangkan dengan hidangan Lanna Khantoke sambil dihiburkan dengan persembahan tradisional Thai. Dengan cuaca yang amat baik, mereka turut dapat menikmati permandangan yang indah sebelum merehatkan diri di Hotel Dusit Princess Chiang Mai.

Keesokkan hari, mereka dibawa pula ke kawasan pergunungan Moi Suthep yang menempatkan kuil Wat Phra That. Kuil tersebut diliputi dengan emas dan terletak dikawasan yang boleh melihat ChiangMai secara keseluruhannya. Setelah makan tengahari, trip ini diteruskan melawat ke tempat pembuatan kraftangan paying kertas di Kampung Bor Sang dan seterusnya ke Chiang Mai Gate Market yang terdapat pelbagai jenis makanan lazat dengan harga berpatutan di sana. Malam tersebut merupakan malam terakhir untuk para ahli trip ini. Maka, pihak penganjur telah mengadakan makan malam Gala bagi meraikan mereka semua.

Lawatan selama 5 hari ini mungkin tidak puas bagi mereka, tetapi pelbagai pengalaman dan juga makanan tempatan yang lazat dapat dinikmati. Sebelum pulang ke tanah air, mereka telah dibawa ke Warorot Market untuk makan serta membeli buah tangan dan hasil segar untuk di bawa pulang ke Malaysia.

Seperti semua percutian yang indah, hari ke 5 datang tidak lama lagi. Melawat surga makanan, Warorot Market adalah perhentian terakhir untuk bersedia makan makanan, makanan ringan dan peluang untuk memuatkan hasil segar tempatan sebelum pulang ke Malaysia.

 

Share.

About Author

Leave A Reply