Trip Intesif Falken ke Red Bull Air Race Chiba Japan 2019

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Trip Intensif merupakan sesuatu yang sangat dinantikan oleh para wakil pengedar Falken. Ianya sentiasa menjadi satu pengalaman yang tidak akan boleh dilupakan oleh mereka semua. Seperti biasa, bulan September yang lepas menyaksikan seramai 17 orang telah menyertai trip intensif selama 5 hari 3 malam ke Tokyo & Chiba di Jepun. Trip ini bermula dari 5 hingga 9 September disertai oleh 16 orang wakil jualan serta seorang wakil Stamford Tyres iaitu Mr. Ku Seng Yeow. Kondo San yang merupakan wakil dari Sumitomo Rubber Asia (Tyre) telah menanti mereka semua di Red Bull Air Race Event hari ke 4. Trip ini merupakan peluang kumpulan ini untuk hadir dan melihat sendiri Red Bull Air Race Chiba 2019 disamping menyokong Team Falken yang turut mengambil bahagian dalam perlumbaan ini.

Setelah mengharungi penerbangan selama 7 jam dari Kuala Lumpur ke Narita International Airport, Tokyo, mereka semua telah telah dibawa oleh pemandu pelancong makan malam di Hotel Metropolitan Tokyo Ikebukuro.

Hari kedua, setelah sarapan pagi di hotel, mereka semua telah dibawa ke Kawagoe di mana jalan utamanya dipenuhi dengan bagunan Kurazukuri dan Kawagoe dan dikenali sebagai “Little Edo”. Mereka semua tidak melepaskan peluang untuk memotretkan gambar di kawasan Kawagoe, Kawagoe Warehouse District, Candy Alley dan tidak dilupakan Kawagoe Kitain Temple. Setelah itu, mereka dibawa semula ke Tokyo untuk makan malam dan berehat di hotel.

Keesokkan harinya, setelah bersarapan pagi, mereka semua telah mengahrungi perjalanan sejauh 55 kilometer menuju ke Kisarazu dan mereka telah berpeluang untuk melalui Umihotaru yang merupakan sebuah pulau buatan yang berfungsi sebagai titik tengah Aqua Line yang dikelilingi oleh laut. Di kawasan ini mempunyai sebuah hentian yang mempunyai restoran, kedai, pemandangan kawasan teluk yang cantik dan bermacam-macam lagi. Hari tersebut menjadi lebih bermakana kepada mereka apabila pemandu pelancong telah membawa mereka ke Gunung Nokogiriyama yang berketinggian 330 meter di sepanjang pantai barat Semenanjung Boso. Di sepanjang lereng gunung terletaknya Kuil Nihonji dan Kuil Buddha Soto Zen yang dibina sekita 1300 tahun yang lalu dan merupakan salah satu tempat beribadah tertua di Wilayah Kanto.  Setelah makan tengahari, mereka dibawa pula ke Kisarazu Mitsui Outlet untuk membeli belah.

Setelah 3 hari bersiar-siar, hari keempat merupakan sesuatu yang sangat dinantikan. Sebelum bergerak ke sana, mereka telah mengadakan sesi bergambar di Kuil Chiba dan Chiba Castle.

Red Bull Air Race World Championship adalah siri perlumbaan udara yang memerlukan gabungan kelajuan, ketepatan, dan kemahiran. Menggunakan pesawat perlumbaan terpantas, paling lincah, berkelajuan tinggi, juruterbang bersaing dalam lokasi ikonik di atas air dan tanah. Kelajuan tinggi, ketinggian rendah, dan kawalan yang melampau hanya boleh diakses oleh juruterbang yang paling luar biasa di dunia. 14 orang Juruterbang Kelas Utama berlumba sehingga mencapai kelajuan sehingga 370 km / j, memerlukan gabungan ketepatan dan kemahiran yang tidak dapat ditandingi dalam dunia penerbangan. Juruterbang mesti berada dalam keadaan fizikal terbaik kerana mereka menahan tekanan hingga 12G sambil melalui litar teknikal yang terdiri daripada tiang yang dipenuhi di udara. Perlumbaan Udara ini telah dibangunkan pada tahun 2003 dan diiktiraf oleh Fédération Aéronautique Internationale (FAI), dengan lebih daripada 90 perlumbaan diselesaikan di lima benua.

Sumitomo Rubber Industries, Ltd. dengan bangganya mengumumkan penajaan mereka sebagai rakan rasmi melalui jenama FALKEN untuk “Red Bull Air Race Chiba 2019” yang diadakan pada 7-8 September di Taman Laut Makuhari. Terdapat sebuah FALKEN Booth yang dipamerkan di kawasan acara tersebut, yang menampilkan kereta demo dilengkapi dengan barisan tayar terbaharu FALKEN berprestasi tinggi, serta model  perlumbaan Team FALKEN yang diterbangkan oleh Yoshihide Muroya. Beliau merupakan satu-satunya juruterbang dari Asia yang bersaing dalam Kelas Master dalam kejohanan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sumitomo Rubber Industries, Ltd., Satoru Yamamoto dengan bangga mengumumkan bahawa Team FALKEN, Yoshihide Muroya meraikan kemenangan ketiga musim ini dalam perlumbaan keempat dan terakhir Red Bull Air Race World Championship 2019 yang diadakan di Chiba. Melalui jenama FALKEN, Sumitomo Rubber Group telah bangga menaja juruterbang yang luar biasa itu kerana beliau bertanding di Kelas Master untuk tahun ini .

Jenama FALKEN terkenal dengan tayar berprestasi tinggi yang dibangunkan menggunakan teknologi terkini dan diperhalusi menerusi penyertaan aktif bersaing dalam sukan permotoran manakala Yoshihide Muroya pula adalah seorang juruterbang cemerlang yang mempunyai kemahiran yang memenangi kejuaraannya di dunia dan mengiktiraf kuat keserasian antara dirinya dan imej jenama FALKEN sendiri, Sumitomo Rubber Group telah bangga menyokong Muroya sejak lima tahun berturut-turut.

Kepada para peserta Trip Intesif  Falken kali ini, mereka telah mendapat pelbagai pengalaman berharga yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. Jepun telah memberi memori yang amat indah dan tidak ternilai dalam hidup mereka.

GALERI

Share.

About Author

Leave A Reply