Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor Bakal Berentap Dalam Perlumbaan Sepang 1,000KM (S1K)

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Wing Hin Motorsports, sebuah nama yang tidak asing lagi dalam sukan permotoran Malaysia telah menyediakan dua buah Toyota Vios bagi perlumbaan Sepang 1,000 km (S1K) yang bakal berlangsung hujung minggu ini. Sebuah jentera  bernombor 39 dengan corak warna pasukan “Toyota GAZOO Racing Malaysia” dengan penampilan sulung oleh Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama yang juga merupakan Ketua Pegawai Sukan Permotoran TGR yang turut berlumba di dalam Vios Challenge.

Kedua-dua buah jentera berkenaan akan bersaing di Litar Antarabangsa Sepang hujung minggu ini di dalam kelas MTC bagi kereta produksi diubahsuai dengan kapasiti di bawah 1,600 cc menggunakan enjin talaan TRD dan casis Toyota Vios.

Dengan kejayaan yang ditampilkan dalam perlumbaan sama tahun lalu dengan menyaksikan Toyota Vios dipandu oleh Boy Wong dan William Ho mencatatkan kedudukan podium, ketua Wing Hin Motorsports, Simon Loh sangat yakin jentera-jentera berkenaan akan memberi saingan sengit bagi perlumbaan tahun ini.

“Dengan data-data berharga yang dikumpulkan tahun lalu, begitu juga dengan peralatan baru yang kami perolehi hasil kerja sama dengan TRD beserta pengalaman luas daripada bekas pemandu pembangunan Toyota GAZOO Racing, Akira Lida yang akan memandu untuk kami tahun ini, saya percaya kami mempunyai pakej yang mampu memberi saingan sekali lagi bagi perlumbaan tahun ini,” ujar Simon.

Perlumbaan Sepang 1,000 km telah menjadi penanda aras tersendiri dalam kalendar perlumbaan  Malaysia yang bakal menyaksikan sejumlah 70 buah jentera berasaskan model produksi yang ada di Malaysia akan berada di kedudukan grid permulaan.

Dengan rakan kerjasama yang baik seperti Toyota, TRD, minyak pelincir Moty’s dan Motec yang menyokong kami, kedua-dua jentera sepatutnya mampu berada dalam kedudukan teratas sekiranya dapat mengelak daripada sebarang kejadian di dalam litar,” tambah beliau.

Bagi perlumbaan S1K, Akira Iida akan menggalas tanggungjawab sebagai pemandu bersama Akio Takeyama dan William Ho yang turut berlumba di dalam Toyota GAZOO Racing Vios Challenge. Sementara itu, kereta kedua bagi pasukan Wing Hin Motorsports pula akan dikendalikan oleh Boy Wong dan Dannies Ng.

Dengan kesungguhannya terhadap sukan permotoran, penyertaan Akio Takeyama bagi perlumbaan S1K dilihat sebagai cara untuk beliau mendapatkan lebih banyak pembelajaran dalam litar perlumbaan bagi memperhalusi lagi kemahirannya untuk berlumba bersama nama-nama besar lain.

“Dengan hanya berlumba di dalam Vios Challege untuk dua musim setengah setakat ini, menyertai S1K akan menjadi sesuatu yang sangat baru dan menyeronokkan bagi saya. Saya melihatnya sebagai peluang untuk mencabar kemampuan saya sendiri di dalam litar. Saya juga ingin mempelajari seberapa banyak input berharga daripada ahli pasukan seperti Iida dan William Ho yang mempunyai banyak pengalaman dalam perlumbaan,” ujar Takeyama.

 

Share.

About Author

Leave A Reply