Shiftvengers – KIPAS-SUSAH-MATI (Die Hard Fans) ROSSI!

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Encik Mohd Yazid Bin Siwa (Yazid YFR), 34, berasal dari Klang, merupakan seorang pengumpul diecast MotoGP yang tersohor dan amat disegani di kalangan pengumpul diecast MotoGP yang ada di Malaysia mahupun di luar negara. Mula mengumpul pada tahun 2006 dan sehingga kini koleksi beliau bertambah bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Jelas menyatakan bahawa Encik Mohd Yazid ini adalah peminat tegar pelumba MotoGP khasnya Valentino Rossi kerana hampir majoritinya koleksi diecast beliau adalah superbike bernombor 46. Boleh dikatakan koleksi diecast Valentino Rossi beliau lengkap dari model tahun 1996 hingga 2016 termasuk lah “special livery bike” yang pernah ditunggang Rossi dan setiap motosikal turut mempunyai figura yang tersendiri untuk dipadankan dengan bike yang ada. Beliau juga pernah berjumpa dengan pelumba MotoGP kegemarannya untuk meminta pelumba tersebut menandatangani beberapa koleksi diecast beliau.

 

Selain daripada diecast motor/superbike, replika helmet mini Rossi juga agak lengkap dalam koleksi beliau. Koleksi replika helmet Rossi yang beliau ada mampu menarik minat pengunjung yang hadir pada acara tersebut kerana warna dan rekaan yang terperinci serta sama seperti saiz helmet yang sebenar. Replika helmet dan juga motor Rossi juga mempunyai rekaan yang berbeza mengikut tahun. Oleh itu, Yazid tidak pernah terlepas dengan keluaran yang terkini dan sehingga kini beliau masih menunggu untuk keluaran yang baru.

Koleksi Diecast beliau berskala dari 1:6, 1:12 dan 1:18. Majoriti jenama koleksi beliau adalah dari Minichamps. Minichamps pula merupakan “Official Merchandise” untuk Valentino Rossi dan terhad kepada beberapa unit sahaja yang dibuat. Selain daripada ‘detail’ dan warna, Minichamps juga mereka setiap bike dan figura begitu ‘accurate’ dengan bike yang sebenar. Maka, tidak hairanlah mengapa koleksi diecast ini berharga ratusan ringgit dan mampu mencecah ribuan ringgit jika ada “special livery bike” yang agak susah untuk dicari ataupun “RARE”.

Yazid juga merupakan Presiden untuk kelab Malay Diecasters Community (MDC). Beliau menyeru dan berharap agar ahli kelab sentiasa menyokong dan dapat hadir untuk acara “gathering” yang dianjurkan oleh MDC dari masa ke semasa. Di samping itu juga beliau menyarankan agar ahli kelab sentiasa memantau dan membantu mencegah aktiviti “Scammer” tentang penjualan diecast di dalam “Facebook” agar tiada ahli yang ditipu.

Akhir kata dari Yazid, “Saya akan terus mengumpul selagi termampu selagi harganya masuk dek akal. Kawan-kawan yang baru berjinak hendak mengumpul, sila datang turut serta bersama kami pada setiap sesi “TT” yang kami buat kerana kami sedia “meracuni” anda 😀 “

Teks & Foto : Khuzrat Omar@Doe Al-Khattab

GALERI : 

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply