Sahabat Motorclub – Memancing Untuk Merapatkan Hubungan

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Biasanya, kelab-kelab kereta akan mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli mereka dengan aktiviti seperti ‘TT Santai’ ataupun sesi ‘teh tarik’ takpun mengadakan hari keluarga bagi merapatkan lagi tali silaturahim sesama mereka. Bagi Sahabat Motorclub pula, permulaan tahun baru ini telah diraikan dengan mengadakan pertandingan memancing dikalangan semua ahli kelab.

Hasil perjumpaan pada awal tahun ini dan dengan kata sepakat yang telah diambil, kesemua ahli kelab telah bersetuju untuk diadakan pertandingan memancing yang telah berlangsung di Pantai Remis, Kuala Selangor pada 24 Februari yang lepas.

Setelah berkumpul di Alam Avenue, Padang Jawa, kesemua mereka telah berkonvoi bersama ke destinasi yang telah ditetapkan pada awal paginya. Di samping memancing, ahli kelab turut mengadakanbbq bagi memeriahkan lagi acara pada hari tersebut. Walaupun ianya satu acara yang tampak ringkas, namun ianya benar-benar dapat merapatkan lagi hubungan di antara ahli kelab serta keluarga mereka yang turut sama menyertai serta berpeluang untuk bertukar-tukar pendapat dalam memantapkan lagi pergerakkan kelab untuk masa yang akan datang.

Tahniah kepada para pemenang! Jumpa lagi dalam pertandingan yang akan diadakan pada bulan Oktober pula nanti.

Pemenang Aktiviti Memancing Sahabat Motorclub edisi Pantai Remis

Juara: En Zaini  [SM-42]

Naib Johan : En Akmal  [SM-43]

Ketiga: En Omar [SM-50]

 

President  : Faudzi [SM-01]

Bendahari : Ain  [SM-02]

Setiausaha : Intan  [SM-O8], Eda  [SM-34]

Ajk  Sahabat  Motorclub

Abd Rahim(Eboy)  [SM-04]

Farizan  [SM-10]

Azaman [SM-33]

Sham  [SM-46]

Marshall

Sobri  [SM-20]

Kamal  [SM-35]

Khairul Adzhar [SM-30]

Khairul Akmal  [SM-43]

Zaini  [SM-42]

Share.

About Author

Leave A Reply