Retro Havoc #6

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Memasuki tahun yang ke 6 penganjurannya, tahun 2019 bakal merakam sejarah apabila Retro Havoc akan mengadakan acara mereka di tempat yang sama iaitu Kompleks BRT Bandar Sunway. Acara kali ini akan diadakan pada 30 MAC 2019 bermula dari jam 9 pagi hingga ke 9 malam.

Apa yang menariknya, acara kali ini adalah berbeza dengan acara yang sebelum ini kerana, hanya dengan bayaran RM10 untuk masuk ke acara ini, para pengunjung berpeluang memenangi beberapa hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan antaranya sebuah kereta Toyota Starlet KP61 rekaan khas bagi Retro Havoc, tiket penerbangan MAS ke Tokyo Auto Salon 2020 bersama-sama team Retro Havoc, rim Atara Racing serta beberapa hadiah sampingan yang lain.

Anda semua tidak perlu berebut untuk membeli tiket Retro Havoc #6 ini kerana penganjur akan mengumumkan permulaan jualannya pada hujung bulan Februari ini nanti. T-shirt rasmi Retro Havoc #6 ini pula akan dijual semasa hari acara ini berlangsung manakala pembelian secara dalam talian pula akan dibuka selepas seminggu acara ini dilangsungkan.

Jom ramai-ramai kunci tarikh tersebut untuk bersama-sama memeriahkan acara tahunan hebat ini!!!

Share.

About Author

Leave A Reply