Proton X70 Membuktikan Kehebatan Semasa Jelajah Malaysia-China

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Jelajah Proton Malaysia-China ini telah disertai sebanyak 9 buah jentera SUV pintar pertama Malaysia iaitu Proton X70 yang telah dianjurkan oleh Borneo Automobile Leisure Touring dan Kunming Scenery-Customer International Travel Co. serta mendapat sokongan penuh dari pihak PROTON. Kembara melalui jalan darat ke China ini telah berlepas dari Pusat Kecemerlangan Proton pada 26 Februari yang lepas.

Sepanjang kembara itu berlangsung, tiada sebarang masalah direkodkan pada kesemua jentera Proton X70 yang menyertainya. Kesemua unit Proton X70 tersebut juga sentiasa diservis mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi mengelak sebarang masalah daripada berlaku. Jarak perjalanan yang telah ditempuh sepanjang kembara tersebit adalah 13,000 kilometer dalam tempoh 33 hari dan melalui 4 buah negara. Ianya merupakan sesuatu yang amat membanggakan!

Para peserta yang menyertai kembara ini rata-rata memberi komen yang sangat positif melalui pemanduan mereka dengan Proton X70 ini. dengan segala ciri yang dilengkapi pada jentera ini, ianya mampu memberi sesi pemanduan seseorang itu mahupun penumpangnya satu pengalaman yang tidak mungkin dapat mereka lupakan seumur hidup elbih-lebih lagi memandu dengan sebuah kenderaan yang dilengkapi aplikasi canggih di dalamnya.

“Kami berasa kagum dengan tahap keselesaan dan penambahbaikan terbaik yang ada pada Proton X70 dan selepas menghabiskan selama 33 hari memandu lebih 13,000km di jalan raya dalam pelbagai keadaan, saya berasa yakin ini adalah salah satu pilihan terbaik dalam kelasnya,” kata Dato’ Wong Kean Hwee , salah seorang peserta daripada pengembaraan ini.

Model Proton X70 masih belum dijual di luar Malaysia, namun bantuan teknikal telahpun diatur oleh PROTON di lokasi- lokasi pengedar dan pusat-pusat servis di sepanjang laluan yang mereka lalui. Di China, servis dan sokongan kenderaan disediakan oleh pengedar-pengedar Geely yang telah mahir dengan kenderaan yang sama seperti Geely Bo Yue ini.

Dr Ling Tung King, Pengarah acara bagi penjelajahan itu berkata, “Melalui pengembaraan ini, kami dapat membina hubungan yang lebih erat bukan hanya dengan para pemilik Proton X70, tetapi juga dengan PROTON. Dengan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PROTON di atas sokongan mereka kerana ini menunjukkan bahawa PROTON benar- benar mengambil berat terhadap pelanggannya. ”

Pengembaraan yang Proton X70 ini merentasi negara Malaysia, Thailand dan Laos dan kebanyakan masa telah dihabiskan di China di mana konvoi tersebut telah menjelajah ke pelbagai daerah di China sebelum menuju ke lokasi utama iaitu Hangzhou dan kembali semula ke Malaysia.

Di Hangzhou, para peserta telah berkunjung ke ibu pejabat Geely dan Geely Experience Centre. Kunjungan ini telah memberi peluang kepada para peserta untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rakan kongsi PROTON, sejarah mereka dalam menghasilkan kenderaan dan melihat model-model yang berpotensi untuk dibangunkan bersama Proton pada masa akan datang.

 

Share.

About Author

Leave A Reply