Promosi Raya Mitsubishi Motors – Rebat Tunai Dari RM2,000-RM6,000

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Sempena meraikan Hari Raya yang bakal disambut tidak lama lagi, Mitsubishi Motors Malaysia dengan bangganya menawarkan promosi menarik dari sekarang hingga 31 Mei 2019. Bagi pelanggan yang menempah Mitsubishi Outlander 2.0 atau 2.4 liter, mereka bakal menerima rebat tunai sehingga RM4,000.

Outlander 2.0 liter didatangkan dengan harga RM137, 888.00 manakala Outlander 2.4 liter berharga RM152, 888.00. Outlander dilengkapi dengan fungsi 4WD, 7 beg udara SRS, ABS dengan EBD, ‘Brake Assist’, Active Stability & Traction Control (ASTC), Hill Start Assist (HSA)dan ISOFIX. SUV kompak Mitsubishi ASX juga turut ditawarkan dengan rebat RM4,000. ASX 4WD berharga RM133, 336.08 manakala ASX 2WD berharga RM118, 866.00. Kedua-dua model ini didatangkan dengan jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan.

Tidak ketinggalan, Triton Adventure X juga ditawarkan dengan rebat tunai sehingga RM6,000. Bagi varian Triton yang lain, anda boleh lihat seperti berikut :

 

  No

 

         Varian

Harga Atas Jalan Termasuk SST/Tidak Termasuk Insuran Semenanjung  

Rebat Tunai         (RM)

 

         Waranti

   1 Triton VGT Adventure X         RM135,200.00       6,000  

 

 

Semua varian Triton didatangkan dengan jaminan 5 tahun atau 200,000km

 

   2 Triton VGT AT Premium          RM118,600.00        2,000
   3 Triton VGT AT          RM105,990.00        2,000
   4 Triton VGT MT Premium          RM112,500.00        4,000
   5 Triton VGT MT           RM100,200.00        4,000

 

Dari 2 Mei hingga 15 Jun, para pelanggan Mitsubishi Motors yang menghantar kereta mereka di mana-mana pusat perkhidmatan Mitsubishi juga layak menerima hadiah seperti di bawah :

                      Nilai Hadiah
              RM300-RM499 ·         1 unit ‘oil treatment’ enjin
 

     RM500

·         1 unit bekas kuih raya eksklusif Mitsubishi                   Motors

·         Diskaun 10% untuk upah

 

 

RM1000

·         1 unit bekas kuih raya eksklusif Mitsubishi                   Motors

·         RM38 eVoucher

·         Diskaun 10% untuk upah

·         Tambahan 5% diskaun untuk kesemua alat                  ganti

 

Pelanggan juga boleh mendapatkan tambahan RM20.00 eVoucher (sah untuk perkhidmatan seterusnya) apabila mereka menyelenggara kenderaan dan mengesyorkan rakan-rakan lain  untuk  memandu uji mana-mana kenderaan Mitsubishi semasa kempen kempen Hari Raya.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi, sila layari http://www.mitsubishi-motors.com.my/

 

Share.

About Author

Leave A Reply