PENGURUSAN TERTINGGI SUMITOMO MELAWAT Stamford Tyres Malaysia

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Tanggal 12 September 2019 yang lepas, pihak pengurusan tertinggi Sumitomo yang terdiri daripada Mitsuteru Tanigawa, Pengarah & Pegawai Eksekutif Kanan Sumitomo Rubber Industries, Perniagaan Tayar Rantau Asia Pasifik, Yoshihiro Miyagawa, Pengarah Urusan Sumitomo Rubber Asia dan Mina Kondo, Pengurus Jualan & Pemasaran Sumitomo Rubber Asia telah berkunjung ke Ibu Pejabat Falken Malaysia. Pada awalnya, mereka telah dibawa melawat ke wakil pengedar di Shah Alam iaitu Kam Hua Trading di mana di sini merupakan tempat pertama mereka melihat sendiri wakil pengedar Falken Malaysia. Setelah itu, mereka semua dibawa pula ke wakil pengedar di Seremban Jaya 2 diiringi oleh Conson Sia dan SK Cham.

 

Selesai sahaja lawatan,  pihak pengurusan tertinggi Sumitomo telah diraikan dalam satu makan tengahari  di salah sebuah restoran Bak Kut Teh terkenal di Malaysia oleh Mr. Wee Kok Wah dan Mrs Dawn Wee. Setelah itu, satu mesyuarat telah diadakan di Ibu Pejabat Falken Malaysia (Stamford Tyres Malaysia) bersama-sama pihak pengurusan tertinggi Sumitomo.

Pihak pengurusan tertinggi Sumitomo kemudiannya dihantar ke hotel semula untuk berehat dan selepas itu mereka dibawa pula untuk makan malam di restoran makanan laut GreenView di Petaling Jaya. Majlis makan malam tersebut dihadiri seramai 16 orang termasuklah pihak pengurusan Stamford Tyres Malaysia serta Sumitomo, Mr. Wee Kok Wah (Presiden, Stamford Tires Corp Ltd) Mrs. Dawn Wee (Pengarah Eksekutif, Stamford Tires Corp Ltd) Datin Anne Leong (Pengarah, Stamford Tires) SK Cham (Naib Presiden Exe, COO  Stamford Tyres Group of Companies) Conson Sia (Ketua Pegawai Eksekutif) dan Kakitangan Stamford Tyres Malaysia.

 

Share.

About Author

Leave A Reply