Pembukaan Pusat Servis Tayar Apollo Yang Pertama di Malaysia – Pusat perkhidmatan tayar Apollo Tyres khusus bagi kenderaan komersial

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Apollo Tyres yang merupakan salah satu pengeluar tayar terkemuka di dunia telah merasmikan Apollo Truck Tyre Zone (ATTZ) di Malaysia, sebuah pusat sehenti untuk tayar kenderaan komersial. Pembukaan Apollo Truck Tyre Zone (ATTZ) ianya sejajar dengan fokus Apollo Tyres untuk memberikan para pelanggan mereka akses kepada pelbagai kemudahan profesional yang ditawarkan.

Apollo Truck Tyre Zone (ATTZ) lengkap dengan pelbagai teknologi automotif yang moden, yang diuruskan oleh Sin Chu Hin, salah seorang perintis dan pakar di dalam industri tayar di selatan Semenanjung Malaysia. Gabungan ini merupakan yang pertama untuk Apollo Tyres di luar India yang membolehkan produk dan perkhidmatan berkualiti mereka dimanfaatkan kepada para pengguna di pasaran Malaysia.

Bercakap semasa perasmian Apollo Truck Tyre Zone (ATTZ) di Malaysia, Satish Sharma, Presiden, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika, Apollo Tyres Ltd berkata, “Apollo komited untuk menawarkan produk dan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan mereka. Pusat servis trak yang canggih ini menggabungkan pengalaman luas Apollo berkaitan trak dan bas bersama pengalaman lebih dari 80 tahun Siu Chu Hin dalam pasaran tayar tempatan. Ini membolehkan mereka memberikan pelbagai servis dan perkhidmatan untuk para pelanggan kami di Malaysia serta mengukuhkan lagi jenama dalam industri automotif di Malaysia.”

Apollo Truck Tyre Zone (ATTZ) juga akan dilengkapi dengan pelbagai alatan canggih termasuk mesin penjajaran tayar berkomputer untuk trak dan treler, penukar tayar automatik dan akan turut menawarkan perkhidmatan yang menyeluruh berkaitan tayar untuk trak dan bas. Servis ini dijangka dapat mengurangkan kos penyelenggaraan serta menjimatkan. Apollo Truck Tyre Zone (ATTZ) juga mempunyai pusat latihan untuk membimbing pelanggan dalam membuat keputusan bagi pembelian tayar yang sesuai untuk kenderaan mereka.

“Ini merupakan peluang keemasan untuk kami, khususnya di Batu Pahat – salah satu kawasan perniagaan yang semakin meningkat maju di Semenanjung Malaysia terutamanya untuk perniagaan tayar trak kami. Apollo Truck Tyre Zone (ATTZ) adalah antara pusat servis trak yang pertama, dan kami merancang untuk mengembangkan rangkaian ini dengan rakan-rakan niaga kami di rantau ASEAN,” tambah Shubhro Ghosh, Ketua Kumpulan ASEAN, Timur Tengah dan Afrika Apollo Tyres.

Bersempena pelancaran Apollo Truck Tyre Zone (ATTZ) dan musim perayaan Hari Raya yang bakal tiba, Apollo Tyres menawarkan baucar percuma kepara pelanggannya bagi setiap pembelian tayar lori. Apollo Truck Tyre Zone (ATTZ) turut menawarkan pakej servis istimewa untuk semua jenis tayar kenderaan komersial dalam pasaran.

Apollo Truck Tyre Zone (ATTZ) dibuka dari Isnin hingga Sabtu, bermula jam 9 pagi hingga 7 malam bagi memenuhi permintaan pelanggan terutamanya bagi mereka yang datang daripada jauh. Untuk membuat temu janji atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang servis dan kemudahan yang ditawarkan oleh Apollo Truck Tyre Zone (ATTZ), anda boleh menghubungi mereka di talian 07 – 415 2682 atau kunjungi mereka di alamat No 2, Jalan Kolek, Kawasan Perindustrian Tongkang Pecah, 83010 Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

Share.

About Author

Leave A Reply