Outlet 3S KIA Kini di Kelantan

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Naza Kia Malaysia kini memperluaskan jenama mereka dengan pembukaan outlet 3S di Kota Bharu, Kelantan. Outlet 3S berkeluasan 3,500 kaki persegi ini boleh memuatkan 5 buah kenderaan di bahagian ruang pamera. Outlet yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra ini turut mensasarkan penjualan sebanyak 18 unit sebulan.

Outlet 3S ini merupakan rangkaian tambahan yang dapat membantu serta memudahkan para pelanggan untuk berurusan lebih-lebih lagi kenderaan jenama KIA semakin mendapat sambutan di negeri Pantai Timur. Dengan permintaan yang tinggi, oulet 3S ini juga turut menawarkan pusat perkhidmatan, kemudahan alat ganti serta pusat jualan yang bakal memberikan servis terbaik kepada para pengguna di kawasan Pantai Timur. Selain itu, sejumlah 6 lagi cawangan baru yang bertempat diLembah Klang, utara tanah air, selatan, Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak bakal dibuka, kata SM Nasarudin SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza Corporation Holdings.

Raza Motors Sdn Bhd telah melabur hampir RM 1juta untuk outlet 3S ini dalam memastikan ianya dapat memberikan segala kemudahan kepada para pelanggan. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari www.kia.com/my.

Share.

About Author

Leave A Reply