Outlet 2S Toyota Laser Motor– Mengembangkan Lagi Rangkaian

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Bagi menghargai para pengguna dan memastikan kemudahan bagi para pelanggan sentiasa dijaga serta mencukupi, UMW Toyota Motor (UMWT) berterusan memastikan pelbagai kelengkapan dan kemudahan disediakan dan ditempatkan di lokasi-lokasi yang strategik.

Baru-baru ini, outlet 2S (servis dan alat ganti) telah dibuka di Taman Petaling Utama, di mana ianya merupakan kawasan yang semakin membangun di antara Petaling Jaya, Puchong dan Kinrara di Selangor. Outlet baru ini dikendalikan oleh Laser Motor Sdn Bhd yang telah bekerjasama dengan Toyota sejak 16 tahun yang lalu bermula dengan bilik pameran di Bangsar, Kuala Lumpur.

Sejak dari itu, ia telah mengembangkan operasinya yang terkini termasuk outlet di Seremban, Negeri Sembilan yang menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang komprehensif termasuk perkhidmatan “Body & Paint”.

Outlet 2S yang baru ini mempunyai ruang menunggu pelanggan yang luas dan selesa di mana mereka boleh berehat sambil menunggu kerja yang dilakukan pada kenderaan mereka. Kemudahan lengkap disediakan untuk keselesaan dan kemudahan mereka. Perkhidmatan wifi secara percuma turut disediakan.

Outlet 2S ini terletak di No. 30E, Jalan PJS 1/46, PJS 1, Taman Petaling Utama, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Pusat perkhidmatan ini mempunyai 14 ruang kerja untuk mengendalikan kerja-kerja penyelenggaraan dan penyelenggaraan secara cekap dengan 13 orang mekanik yang amat berpengalaman. Pelanggan boleh menghubungi oulet 2S ini ditalian 03-7773 1818. Waktu operasi bermula dari jam 8.00 pagi-5.30 petang, Isnin hingga Jumaat (tidak termasuk Cuti Umum).

Share.

About Author

Leave A Reply