Nissan X-Trail Facelift Terbaharu Menampilkan Varian Hibrid Dibuka Untuk Tempahan

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah membuka tempahan Nissan X-Trail Facelift terbaharu yang bakal dilancarkan pada April depan. 

Nissan X-Trail Facelift didatangkan dalam 4 varian iaitu 2.5L 4WD, 2.0L 2WD MID, 2.0L 2WD serta yang terbaharu 2.0L Hibrid di mana kesemuanya memperolehi status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). 

3 varian Nissan X-Trail Facelift ini, 2.0 Hibrid, 2.5L 4WD dan 2.0L 2WD MID dilengkapi “Nissan Intelligent Mobility” yang merangkumi :

  • Intelligent Forward Collision Warning (FCW)*
  • Intelligent Forward Emergency Braking (FEB)*
  • Intelligent Cruise Control( ICC)*
  • High Beam Assist (HBA)*
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Blind Spot Warning (BSW)
  • Intelligent Around View Monitor (I-AVM) dengan Moving Object Detection (I-MOD)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Motion Activated Power Tailgate

Nota : * Untuk varian 2.5L 4WD & 2.0L Hibrid sahaja

6 beg udara SRS hadir pada 3 varian X-Trail Facelift ini. Selain itu, ciri-ciri keselamatan lain termasuklah Electronic Parking Brake dengan fungsi Auto Hold, Vehicle Dynamic Control (VDC), Traction Control System (TCS), Brek Anti-Kunci (ABS), Brake Assist (BA), Electronic Brake Force Distribution (EBD), Hill Start Assist (HSA), dan ISOFIX. 

Nissan X-Trail Facelift didatangkan dalam 5 pilihan warna iaitu Putih, Perak, Hijau, Hitam dan warna baharu Imperial Umber. 

Harga tanpa Insuran : 

2.5L 4WD : Bawah RM159,900

2.0L 2WD MID : Bawah RM 149,900

2.0L 2WD : Bawah RM139,900

2.0L Hibrid : Bawah RM169,900

Sempena dengan acara pra-pelancaran, kesemua varian diberikan dengan Servis Penyelenggaraan Berskala Selama 2 Tahun

Share.

About Author

Leave A Reply