Mula 26, Tamat 7 – Pasangan 3 orang pelumba wanita Proton R3 mencipta sejarah pasukan

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Baru-baru ini, pasukan Proton R3 telah berjaya mengecapi kejayaan semasa perlumbaan Sepang 1000km (S1K) bilamana dua buah jentera mereka menduduki kedudukan pertaa dan kedua. Selain itu, turut membanggakan adalah sebuah lagi jentera Proton Saga mereka dipandu oleh pelumba wanita yang menampilkan Leona Chin, Faye Kusairi dan Nurul Husna telah mendapat tempat ke-7 keseluruhan walaupun memulkan perlumbaan di petak yang ke-26.

 

Dengan kemahiran serta semangat berpasukan yang hebat dikalangan mereka walaupun ini merupakan kali pertama menyertai perlumbaan seperti ini, ternyata mereka mampu menunjukkan keberanian dalam menempuh perlumbaan yang mencabar ini. Faye dan Nurul merupakan pemandu yang dipilih melalui inisiatif pencarian pasukan lumba wanita manakala Leona pula merupakan pemandu profesional yang pernah menyertai perlumbaan MCS. Gabungan mereka buat kali pertama ini benar-benar menunjukkan keputusan yang amat mengagumkan.

Semasa sesi latihan, ketiga-tiga pelumba menunjukkan prestasi yang begitu menonjol disamping catatan masa yang baik bagi lebih konsisten semasa sesi perlumbaan sebenar. Walaubagaimanapun, jentera yang dipandu mereka menghadapi masalah teknikal sesama sesi kelayakkan dan membuatkan mereka terpaksa bermula di kedudukan ke-26.

Dengan pengalaman dan ilmu yang ada, mereka semua dapat menamatkan perlumbaan hampir 9 jam itu dengan jayanya.

“Barisan pelumba wanita kami mempamerkan prestasi mantap dan kemahiran pemanduan yang baik untuk kembali berada di posisi hadapan. Ia adalah pencapaian hebat untuk berada di tempat ketujuh dalam perlumbaan S1K yang sangat mencabar dan ini merupakan penamat terbaik yang pernah dicapai pada perlumbaan yang melibatkan pelumba-pelumba wanita,” kata Gary Lee, Ketua Pasukan PROTON R3.

Walaupun baru sahaja berada di dalam barisan kereta R3, Proton Saga 2019 telah membuktikan keupayaannya untuk menjadi kereta litar yang pantas. Kitaran tempoh pembangunannya yang singkat, dilancarkan pada 6 Ogos 2019, bermakna pasukan R3 perlu berhadapan dengan cabaran besar untuk mempersiapkan model tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan, namun hasilnya membuktikan bahawa Saga amat sesuai untuk sukan permotoran.

“Proton Saga adalah model yang sinonim dengan PROTON dan merupakan kereta pertama yang digunakan dalam sukan permotoran. Mungkin kini Syarikat lebih memilih model-model lain tetapi sejak tahun lepas, kami telah menggunakan semula Proton Saga di dalam perlumbaan MCS dan S1K 2018. Saga terbaharu ini telah dipertingkat sepenuhnya dan dengan tempoh masa yang sangat singkat, hasilnya sangat mengagumkan. Oleh itu, ini membuktikan prestasi hebat Proton Saga dalam pelbagai kegunaan, dari kereta harian, kepada kereta keluarga serta turut mampu bersaing dalam perlumbaan terbesar di Malaysia, menjadikan model ini benar-benar sesuai untuk rakyat di Malaysia,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

 

Share.

About Author

Leave A Reply