Mercedes-Benz Malaysia Apprentice Training Centre (ATC) – Dari seorang pelatih menjadi tenaga kerja yang diiktiraf dunia

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Mercedes-Benz Malaysia Apprentice Training Centre (ATC) telah ditubuhkan bermula September 1984 dan telah melahirkan lebih kurang 770 orang pelatih berkemahiran tinggi yang telah lulus sehingga ke hari ini. calon-calon yang yang diterima masuk bukanlah calang-calang orangnya. Mereka perlu menjalani proses pemilihan yang sangat ketat oleh Daimler AG iaitu syarikat induk Mercedes Benz Malaysia. Mereka perlu bersemuka dengan para panel sebelum diberikan kelulusan untuk layak menyertai ATC.

Program latihan ini terdiri daripada 48 kursus untuk tempoh masa 3 tahun dan berdasarkan sistem kurikulum yang terdiri daripada 70% latihan amali  serta 30% latihan di tempat kerja dan 30% lagi teori.

Baru-baru ini, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah meraikan seramai 30 orang pelatih yang baru sahaja menamatkan pengajian yang bakal menjadi juruteknik diiktiraf seluruh dunia melalui Advanced Modern Apprenticeship Programme. Kelas 2019 mengesahkan komitmen jangka panjang MBM dalam menyediakan peluang latihan dan kerjaya kepada belia Malaysia menerusi akademi latihannya.

“Akademi latihan yang canggih, bertujuan membina bakat dan menyediakan belia Malaysia dengan laluan untuk memajukan kerjaya mereka melalui peluang penempatan pekerjaan. Hari ini, kami menyumbang ke arah permintaan negara untuk bakat yang sangat mahir dalam industri automotif dengan pengijazahan 30 orang pelatih. Ini menandakan satu kejayaan penting dalam usaha kami untuk membina asas kukuh rangkaian dan menyampaikan “Pengalaman Pelanggan Terbaik” di seluruh pengedar Mercedes-Benz di Malaysia, “kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Dr Claus Weidner.

 Semua graduan menerima tiga pensijilan iaitu Mercedes-Benz Automotive Mechatronic Training Certificate, Mercedes-Benz Qualified Maintenance Technician Certificate serta National Dual Training System Certificate, di mana sijil ini bersamaan dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM3) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Program ini sangat mendapat sambutan serta telah menerima hampir 600 permohonan pada tahun 2019 ini. Para pelatih yang sudah menamatkan latihan selama 3 tahun, mereka ditawarkan pekerjaan selama 4 tahun bermula sebagai Juruteknik Kenderaan Penumpang.

Share.

About Author

Leave A Reply